May 7, 2012

Cantik

masing-masing ada pandangan sendiri tentang erti cantik. ada kata putih gebu itu cantik, ada kata hitam manis itu cantik. yela, rambut sama hitam, hati lain-lain. cewah.

bagi aku, cantik dari segi fizikal adalah bila mempunyai kulit yang cantik. yela, kulit flawless, glowy, licin, halus. cantik. kalau kulit cerah, itu bonus. tapi apakan daya, aku ini kulit orang melayu. kuning langsat katanya.

sejak seminggu dua ni aku sibuk merungut pasal kulit aku. haih. siapa yang tak teringin nak ada kulit cantik kan? nama pun perempuan.

alhamdullilah, kulit aku tak ada masalah kronik ( kot? ) cumaaaaaa, berminyak. antara punca kulit berminyak mungkin kerana pori-pori besar. haih. sejak akhir-akhir ini, kulit aku kelihatan semakin kusam juga sangat lah menganggu fikiran aku. keliling mata pun sudah semakin terlukis lingkaran gelap. setelah membuat sedikit bacaan tentang kulit, aku dapat tahu punca masalah kulit aku jadi begini mungkin sebab kekurangan rehat dan tidur. sebab tu kulit makin kusam. 

sebelum ini aku tak ambil berat sangat pasal kulit. cuci muka, pakai moisturizer sudah cukup untuk aku. tapi sebab umur makin meningkat, kemudian tengok pula gambar-gambar gadis berkulit cantik, geram lah pada diri ini.

buat masa sekarang aku menggunakan produk Garnier Light untuk pencuci muka ( foam & scrub ), moistuizer Garnier & selang sehari aku pakai Clay Mask SimplySiti. tidak ada banyak perubahan melainkan hanya me-maintain kan kulit aku ini. mungkin juga faktor-faktor kedegilan aku untuk tidur awal, lewat cuci make-up, tidak begitu jaga makan menyebabkan tidak banyak perubahan berlaku.

teringin untuk cuba produk baru. dalam pilhan aku sekarang Bio-Essence, Nutox atau Nano White. tapi aku still mengkaji lagi pasal kesemua produk ni. nak pergi buat facial dekat spa memang aku tak mampu lah kan. haih

agak-agak ada nak bagi tips tak?

oh kulit oi! bila nak cantik?



//terima kasih webcam sebab buat gambar aku nampak flawless gitueeww.

2 comments: