May 20, 2012

Selamat Hari Ibu


hampir seminggu sudah berlalunya hari ibu, tapi aku baru nak update. ceh.

alhamdullilah, tahun ini Hari Ibu dapat lah aku sambut sedikit sebab dapat gaji pertama kerja. walaupun biasa-biasa saja tak seperti anak-anak yang lain, tapi aku sudah bersusaha untuk cuba buat Mama rasa special masa Mother's day. 


aku bawa satu keluarga ke Wondermilk Damansara untuk menyambut Hari Ibu. aku dan adik juga sempat membeli hadiah kecil untuk Mama. bila tengok Mama terkejut dan tersenyum lebar menerimanya, aku rasa cukup gembira.

aku bukan lah anak yang baik, yang sering mendengar kata, yang tidak bantah segala cadangan. aku sedikit keras kepala, degil dan suka buat Mama sakit kepala, tapi percayalah, walau macam mana sekalipun aku, aku tetap sayangkan Mama. mungkin kerana darah panas yang mengalir sebab tu degil kepala batu suka membantah? -.-

jadi, Selamat Hari Ibu, Mama, Puan Rosmawati. terima kasih kerana sentiasa menjadi yang terbaik, sentiasa memberi dorongan dan sentiasa memahami kehendak dan keperluan. terima kasih untuk segala-galanya. maafkan juga andai Kakak paling banyak buat Mama stress. i love you so much!

Selamat Hari Ibu juga kepada ibu-ibu yang lain :)

i love both of them!

1 comment: