Apr 29, 2012

Final Result

alhamdullilah, penantian keputusan peperiksaan akhir aku akhirnya berakhir dengan perasaan gembira. sangat gembira! syukur.

aku sudah pun tamat diploma dengan status TS. target aku untuk dapat DL pada semester akhir tercapai. tapi dalam gembira ada sikit kekecewaan kerana tidak memperolehi pointer idaman semua orang iaitu 4.0.

dalam diam-diam, aku ada juga simpan hasrat nak dapat pointer 4.0 tambahan lagi bila tengok carrymark pun okay. tapi tak tercapai kerana aku hanya mampu mendapat 3.84 sahaja. mungkin project akhir aku tak perform well kot? entahlah. tapi syukur sangat tak sia-sia aku belajar selama 3 tahun ini.

paling aku besyukur kerana CGPA aku pun naik dan grad dengan CGPA 3.25. al-maklumlah, bagi siapa yang ikut blog aku dari dulu mungkin tahu yang aku kecundang masa semester 1 dan itu membuatkan CGPA aku teruk gila. aku ambil masa 5 semester untuk naikkan CGPA aku dari 2.59 kepada CGPA aku grad sekarang, 3.25. dan GPA aku setiap semester tidak pernah jatuh selepas semester satu.

jadi adik-adik yang nak futher study tu, semester satu adalah semester terpenting. jangan main-main ketika semester satu. note that! dan paling penting, gagal sekali tak bermakna akan gagal lagi.  jadikan gagal itu sebagai penguat semangat.

tamat - 6 semester, 3 tahun, Diploma Graphic & Media Digital, UiTM Kuala Terengganu :)

No comments:

Post a Comment