Jul 6, 2011

lihat aku, sila nilai.

aku selalu tengok gadis-gadis lain, wanita-wanita lain dan fikir, ' kenapalah cantik sangat kau ni? '. hep. aku bukan jenis suka-sama-satu-jenis, harap maklum. aku cuma kagum. lepas tu aku amik cermin, belek muka sendiri sambil kata, ' apsal teruk sangat muka kau ni? comot hodoh selekeh. '. serius, aku teringin rasa cantik, dan aku percaya semua orang nak rasa cantik kan?

dan lumrah manusia, kita akan menilai. menilai apa saja yang depan mata.

aku ramai kawan lelaki, bukan nak bangga, tapi aku cuma selesa. bila mereka-mereka kata tentang gadis-gadis lain, aku terfikir, apa agaknya pandangan lelaki tentang aku. apa pandangan orang keliling tentang aku.

aku kasar, aku hodoh, aku comot, aku selekeh. ini memang tak boleh disangkal. tapi aku sangat sangat sangat nak tahu apa pandangan orang tentang aku. seikhlas mungkin, bukan seperti komen-komen gambar di laman sosial, tak semua kata puji itu ikhlas tapi kalau siapa yang betul ikhlas memuji aku, aku sangat berterima kasih. terima kasih banyak-banyak.

buat survey boleh ke?

duh!

3 comments:

  1. aku org first, aku serius jujur....
    kalau nak cakap pasal cantk, aku tak tahu jugak sebab aku tak de cantik tu, tapi masa aku mula2 kenal ko aku just nak keyakinan dan keberanian ko,ingat semua perempuan boleh ke hidup macam ko, maksud aku boleh kawan dengan sesiapa je. mcm aku yg melekat dgn budak2 kitakawan tu, kalau tak de diorg aku tak mo hidup weh kat uitm nih.

    ReplyDelete
  2. girls will get prettier once they finish their studies and got a job. they have the financial capabilities to groom themselves up. besides that, a different environment (office, your boss, your meetings with clients) will shape the way you dress, and usually it will end up pretty neat. so dont worry, everyone is beautiful in the end. we are god's creation afterall

    ReplyDelete
  3. Haezzah : terima kasih weh! kadang-kadang aku kena berani, sbb kalau tak berani alamatnya aku asyik duduk bawah orang. aku tak mau :)

    Paul Gilbert : i think i know who you are. :) thanks. agree with you! perhaps i'll be a pretty girl with a smart brain soon! yes, everyone is beautiful because we are god's creation :) thanks for dropping by! :D anyway, i'm exited because Paul Gilbert can read Malay. wallaweeiii ! :DD

    ReplyDelete