Feb 11, 2015

Eh 2015?

Alamak! Dua bulan juga lah tinggal kan blog buruk ni. Em. Dari dulu, sampai sekarang, cita-cita nak update blog hari-hari memang tidak kesampaian.

Apa perkembangan? Badan. Yeap. Badan yang semakin berkembang hingga tidak terbendung. Tak lawak k.

Okay, sebenarnya dah berhenti kerja yang lama, dah dapat kerja baru, dah berhenti juga kerja baru. Sobs. Nampaknya aku memang belum ada luck dalam bidang pekerjaan. Tapi tak apa, jangan putus asa kan? Allah janji rezeki pada yang usaha. Aiceh. 

Aku dan Mr ada jalankan perniagaan bersama. Dah 5-6 bulan juga lah. Tapi selama ini kami hanya berniaga di Downtown, Cheras. Baru-baru ini je kami online kan business kami. Hihi 

Kalau tidak keberatan, mai lah support perniagaan kami. Kami jual cosmetic murah-murah yang sangat lah bestnya! 👍👍

Follow kami di Insta :- @rn_beautystore @rn_beautystore @rn_beautystore

Kalau ada yang sudi promotekan perniagaan kami adalah lebih baik. Hihihi Moga dengan rezeki yang kami dapat daripada perniagaan ini, dapatlah kami teruskan niat & hasrat hati kami untuk jamu orang nasi minyak. Eh! Haha gurau gurau 😜

Tapi jujurnya, terima kasih kerana sudi support perniagaan kami. Allah sahaja akan balas jasa kau kau semua.
Insta :- @rn_beautystore


P/s: aku tak dapat bayangkan macam mana post ni since aku update guna apps je. Moga cantik.

No comments:

Post a Comment