Jul 22, 2013

Minggu Satu Praktikal

akhirnya selesai sudah minggu pertama aku menjalani praktikal. ada lagi lima minggu hoi.

minggu pertama ni tak ada buat apa langsung. oh except kena betulkan sikit satu ads ni. sepanjang lima hari bekerja, 40 jam, aku cuma buat satu kerja weh! dengar macam seronok, tapi percayalah, bosan sangat-sangat!

kesemua designer dekat company ni ada enam orang (termasuk aku dan sorang lagi budak intern) dan aku adalah satu-satunya perempuan dalam creative department nih. tak ada geng. dan sepanjang aku ke tempat kerja nih, aku sedar yang aku ni sangat pendiam. pemalu kot? aiceh.

setakat ni, aku pergi kerja, download movie, buka 9gag, Twitter, Facebook & Instagram.

boooo...riiiinggg! -.-

1 comment:

  1. hahahahaha..same la..satu job seminggu nak sudahkan..mampusla gtuh..

    ReplyDelete