Mar 9, 2012

Perangai Abah


abah aku orangnya tidak garang, tapi cerewet. eh lebih kepada kerek mungkin? biasalah tu, nama pun abah kan? ketua keluarga. abah perangainya sempoi, cool. tapi ada beberapa perangai abah buat mama, aku dan adik jadi panas hati kadang-kadang. ala panas hati manja-manja.

tapi perangainya yang membuat kan orang panas hati itulah paling lekat dekat aku. satu-satunya anak perempuan abah dan mama. ceh, padahal dua beradik je.

abah sangat kerek kalau bab-bab masa ini. sungguh-sungguh kerek! abah paling benci tunggu orang.

kalau berjanji pada pukul 8 pagi, jadi maknanya pukul 8 pagi. bukan pukul 8.01 minit pagi, bukan 8.05 minit pagi. macam aku kata, abah paling benci tunggu orang. pernah sekali aku terpaksa cari jalan pulang sendiri sebab aku buat abah tunggu lebih dari 5 minit. paling aku tak boleh lupa.

tapi nasiblah aku bukan begitu sangat. aku boleh tolerate 5 minit. maknanya aku boleh tunggu orang dalam masa 5 minit. lepas 5 minit aku jadi sangat panas hati. heh. well, aku pun bukan nya seorang yang selalu sangat menepati masa. tapi bergantung dengan keadaan dan dengan siapa aku berurusan. setakat meeting-meeting club dekat kampus memang selalunya aku akan lewat. tapi pastinya kelewatan aku tidaklah sampai mengambil masa terlampau sangat.

satu lagi perangai kerek abah yang lekat dekat aku, aku tak suka diarah tolong pada jam-jam itu. contohnya, aku sudah rancang ingin ke bandar, tapi perlukan abah untuk menghantar aku. haruslah sangat-sangat diberitahu awal-awal. mungkin sehari sebelum atau paling tidak pun kalau urusan itu urusan yang tidak di rancang, tolong beritahu beberapa jam sebelum.

yup, kalau aku diarah tolong pada jam-jam itu juga aku akan panas hati. unless it's emergency case. paling sakit hati bila benda tu orang dah rancang awal-awal, tapi aku masih diarah tolong jam-jam itu.

aku kasi contoh :-
Iqbal dah rancang untuk jumpa dengan Firas pukul 3 petang Isnin. Tapi rancangan telah dibuat pada hari Ahad lagi. tapi pukul 2.30petang Isnin baru Iqbal terhegeh-hegeh minta tolong untuk menghantarnya. sedangkan Iqbal boleh beritahu pada malam sebelumnya.

Faham? ini paling buat aku sakit hati.

a'ah aku kadang-kadang memang kerek sikit. cepat naik angin. maaflah andai terasa.

No comments:

Post a Comment