Dec 8, 2011

Buncit Perutku!

argh! sekarang aku tengah tension sebab akhirnya aku sudah terkena penyakit perut buncit. tak suka tak suka! tapi sendiri cari pasal. baru lah aku rasa perasaan macam mana seseorang tu tak selesa dengan bentuk badan dia. sebelum ni aku tak kisah pun, tapi bila dah jadi macam ni, tensionnya teramat sangat!

punca aku mendapat bonus extra belly ni adalah disebabkan sikap aku sendiri. sudah jadi habit aku suka makan tengah malam. salah satu tabiat buruk aku! kalau makan tengah malam lepastu exercise tak apa, tapi ni makan dan terus tidur. maka terus bertepu lah segala lemak. hebat Aiman Nabilah!

antara punca lain adalah dengan mengabaikan sarapan, makan bersulamkan air, kurang minum air mineral/masak, suka makan makanan bergoreng, makan ais, tidak bersenam, selalu mengabaikan tidur malam dan sebagainya. bergh! banyak gila tabiat buruk aku! okay, aku harus tukar semuanya!

jadi untuk cabaran sebulan aku ni, aku akan mula berdiet. diet? WTH! aku paling tak suka bila orang kata diet. tapi aku terpaksa untuk diet. jadi, sarapan pagi tidak harus diabaikan, makan setiap empat jam dengan kuantiti yang sedikit, lebihkan minum air mineral/masak, jangan menyulam-nyulam sambil makan, makan makanan yang sihat, berhenti makan ais, tidur lebih awal dan.... senaman! setakat ni aku cuma buat seat up sahaja untuk bakar lemak tepu ni. sebab aku tak ada kelapangan nak buat latihan kardio. ceit!

alangkah indahnya kalau aku masih menari lagi. haih itulah senaman paling seronok bagi aku!

kawan-kawan sekalian, aku mahu minta bantuan dari kamu-kamu semua. apakah yang dapat menggantikan kebaikkan sayur kerana aku tidak makan sayur. macam mana? dan... apa benda yang boleh gantikan telur sebab hari-hari makan telur. well, aku student dan telurlah paling menjimatkan dan mudah nak masak. jadi macam mana? any idea? terima kasih.

3 comments:

  1. exercise dik... xperlu yg susah2.. just berbasikal utk 1-2km.. dan amalkan hari2.. insyaAllah.. dulu akak pun gemuk. lepas tu ada sekali waktu cuti sem akak amik keputusan xnk balik kg.. akak join Karnival Rakan Uni.. jadi urusetia.. seminggu jer. akak bzkan diri dgn prog. berbasikal ulang-alik. balik lewat. memang membzkan diri sgt2.. last2 habis prog.. akak totally kurus.. dan sejak dr tu, akak maintain camtu gak.. hehhehe.. jgn stress aaa....nnt lg byk mknnyer...

    ReplyDelete
  2. terima kasih sebab sudi jengah :)

    tula akak. ingt nak berbasikal tapi takde basikal -.- saya kurus tapi masalah perut buncit. badan saya baru je berisi dan berat pun baru bertambah ke tahap sesuai dengan ketinggian saya. saya taknk hilangkan berat badan atau kecilkan badan saya, tapi saya nak perut ni hilang. hee setakat ni saya cuma buat senaman indoor saja. hee apa-apa pun terima kasih akak atas nasihat :)

    ReplyDelete