Nov 30, 2011

Bahasa Jiwa Bangsa

aku selak balik post-post lama dalam blog aku, baca dan tiba-tiba rasa kagum. kagum sebab tidak percaya post-post lepas tu ditulis oleh aku. bahasa-bahasa yang digunakan menarik hati aku. bukan nak puji diri sendiri atau riak, cuma aku tak percaya.

kerana terlalu cuba untuk fasih berbahasa lain, aku lupa yang sebenarnya bahasa ibunda aku ini sangat cantik. patah-patah perkataan baku ini, kalau disusun ibarat seperti membaca sambil menyanyi.

aku bukan pandai sangat untuk susun patah-patah perkataan kasi punya irama bila dibaca, tapi kalau dah orang bodoh macam aku ini pun boleh buat patah perkataan itu menyanyi, jadi tentulah penguat utamanya adalah bahasa itu sendiri.

tidak salah kalau memahirkan diri dengan bahasa - bahasa lain. tapi bahasa ibunda kita tetap paling cantik - Bahasa Malaysia. banggalah dengan bahasa kita.

1 comment: