Nov 9, 2011

Fun Fair

 

keluar dengan abah, adik dan si kecik firas asalnya nak pergi makan dekat mamak sahaja, tapi dekat dengan mamak tu ada satu fun fair. semangat lah aku mengajak pi menyinggah.

aku suka lampu yang banyak-banyak, cantik-cantik, warna-warni tu. penuh dengan mesin-mesin mainan dan orang ramai yang sedang enjoy, seronok! tak besar mana pun kawasan tu, tapi meriah. fun fair betul-betul akan buat kita teringat zaman kecik-kecik. *aiceh!* orang-orang zaman dulu mesti dating dekat fun fair kan? heh.

mula-mula plan nak pusing-pusing je, tak mau main. tiket mahal kot, bagi aku la. heh. 1 token, 2rm. satu permainan biasanya pakai 2 token. betul-betul buat duit fun fair ni. heh. kemudian si kecik firas duduk tenung je permainan kereta pusing-pusing. kesian pulak tengok dia, abah pun bagi duit beli token untuk firas. aku dan adik dari tadi dok usha satu permainan ni. macam seronok. pujuk-pujuk abah, abah pun bagi beli token. kopak 12rm duit abah. heh.

permainan yang aku naik tu memang best pun. ape benda entah nama dia. tapi dia macam terbang tinggi-tinggi lah *sila imagine sendiri*. jujurnya aku cuak. cuak sebab aku tak tahu kualiti keselamatannnya sebab rasa macam nak tercampak pun ada dan terasa macam terbang tinggi sangat. aku ni seorang yang agak cuak dengan ketiggian. tapi tak lah teruk sangat takut aku tu. lepas turun dari permainan tu terus pening. pening teramat sangat. kalau bagi aku peluang naik lagi sekali mungkin aku fikir dua kali kot. ppftt~

 

babai.


//alahai, terpanjang pulak post -.-

No comments:

Post a Comment