Nov 12, 2011

Selongkar

haa. kali ni mari kita selongkar apa benda yang selalu aku bawak dalam beg tangan aku.

1. pencil case. mana tau nak guna pen ke pencil ke. heh aku kan suka menconteng.
2. sketch book. benda ni lah paling memberatkan beg aku. tapi aku suka bawa sebab kalau aku bosan, adalah buku ni teman aku. tempat aku menconteng.
3. extra phone. ni phone lama aku. takut-takut lah BB aku habis battery ke apa ke. lagipun BB tak ada radio, so boleh dengar radio guna phone ni.
4. external harddisk. aku tak tau la apa habit aku suka bawa external harddisk ni. tapi berguna juga kadang-kadang.
5. purse. eh ni memang paling penting. lesen, ic, duit *tapi selalunya duit takde* semua ada dalam ni. pendrive pun aku letak dalam purse serta gambar-gambar si dia. aiceh! ;p
6. spec. well, untuk pengetahuan semua, aku ni rabun dan silau tinggi. tapi poyo taknak pakai spec. jadi, spec ni hanya akan dipakai ketika drive sahaja terutama sekali waktu malam.
7. cd kosong. hah ni lagi satu. tak tau lah kenapa aku bawa cd kosong. mana tau nanti nak pakai untuk transfer benda-benda ke. heh.
8. lotion. aku percaya ramai perempuan bawak lotion dalam beg dia. aku ni kulit kering, jadi memang kena bawak lotion.
9. sikat. hee ni pun ramai je perempuan bawak. untuk sikat rambut yang kusut. heh.
10. earphone. ada dua earphone sebenarnya, satu untuk phone Sony, satu lagi BB. haruslah untuk dengar lagu.
11. garnier facial set. haritu dapat percuma. berguna sebab ada pencuci muka, krim untuk siang dan malam. versi mini. senang, sebab aku selalu keluar dari siang sampai lewat malam, boleh cuci muka guna ni je.
12. bobby pin dan jarum. bobby pin biasa lah kan, untuk klip rambut kalau dah rimas sangat. jarum pula saja bawak, berguna je selalu heh.
13. getah rambut. untuk ikat rambut kalau rasa dah rimas. kena bawak extra sebab selalu hilang.
14. eyeliner. eyeliner ni sesat dalam beg ni masa aku shoot gambar ni. heh. selalu aku tak bawak make-up dalam beg sebab dah siap-siap dekat rumah. paling-paling pun bawak lip gloss & compact powder.
15. cermin. perempuan ramai je bawak cermin. kot-kot la terasa ada benda pelik kat muka ni, boleh lah tengok kan?
16. perfume. aku punya adalah Vanilla by Bodyshop. nyum nyum! heh.

No comments:

Post a Comment