Nov 8, 2011

Result Semester lima

sebenarnya result keluar dah beberapa hari yang lepas, tapi baru hari ni nak update. heh.

alhamdullilah, result aku semester ini sangat-sangat buat aku gembira. gembira tak terkata lah. cewah! heh.

masa mula-mula aku tengok slip result tu, sungguh aku tak percaya tu result aku. sebab sangkaan aku semester ni aku akan drop-dead memandangkan semester ini adalah semester yang sangat susah dan berat. tapi, inilah hasil dari usaha aku. untuk pertama kali, aku dapat gelaran dean list dengan pointer yang bagi aku agak rendah untuk gelaran tu. segan lah nak habaq.

CGPA pula alhamdullilah menaik memandangkan aku pernah kecundang masa semester satu dulu dengan pointer yang sangat-sangat rendah iaitu 2.59 sahaja. sekarang CGPA dah atas dari 3. gagal sekali tak bermakna tak boleh berjaya.

Ya Allah, aku bersyukur sangat-sangat! tak sia-sia aku paksa diri sendiri. terima kasih Allah kerana telah membantu hambamu ini.

terima kasih juga mama dan abah yang sentiasa saja bagi sokongan, terima kasih Morphine kerana sentiasa menaikkan semangat saya dengan kritikan pedas, terima kasih bestie, terima kasih kawan-kawan sekelas yang banyak membantu terutama sekali group saya (SMILE Learning Centre & Kempen Anti-Dadah & Keropok Udang), terima kasih roomate yang selalu membebel, dan terima kasih untuk semua tenaga pengajar!

well, hello Final Semester! semoga sem hadapan aku semakin rajin, semakin kuat semangat dan semoga segalanya dipermudahkan. no more play-play. heh!

babai. :)

1 comment: