Jun 26, 2011

Dugaan GCB

banyak sungguh dugaan aku nak makan GCB, McDonald hari ini.


dugaan pertama aku adalah melihat gambar GCB di Internet dengan perut kosong, dan paling penting poket juga kosong. sedih.

2. abah malas pergi bank in duit dan adik pula tidur. terpaksa aku sms adik untuk bank in kan duit untuk membeli satu set GCB.

3. kirim dekat kawan, tapi malangnya dia tidak dapat singgah Mcd. masa ni memang terkilan sebab tengah lapar gila dan dah pukul 7pm dan aku cuma makan keledek goreng dari pagi dan aku sangat menunggu GCB dan kempunan. lapar... heh.

4. ajak kawan yang ada kereta pergi drive-thru tapi tak dapat juga.

5. nak sewa kereta tapi kereta full, jadi terpaksa sewa dekat tempat sewa kereta yang aku tak suka, nasib ada.

6. pergi ke Mcd, jalan jam, aku pula kena kejar masa untuk group disscussion.

7. sudah selamat membeli dan waktu pulang lampu isyarat juga sangat baik hati kerana hampir kesemua lampu isyarat bewarna hijau.

8. sampai sahaja tempat sewa kereta, temperature kereta naik. nasib lah dah nak sampai kolej.

9. selamat sampai kolej, then lepas group disscussion selama hampir dua jam, baru dapat makan. masa tu burger dah sejuk, tapi tak apa, asal aku dapat makan.

fuhh! sungguh banyak dugaan. sudah lama dah tak berperasaan begini. aku jenis apa aku nak, itu aku perlu dapat, esp kalau makanan dan aku tengah lapar gila. terima kasih Abah sebab bank in duit semata demi GCB. roomate aku pun boleh gelak dengan perangai entah-apa-apa aku ni. makan je kot !!




3 comments:

  1. Im sorry ;(
    nanti kita ge makan sesama erk...
    tapi mestinya takkan gcb, pedas..hee.

    ReplyDelete
  2. sedap gila kan. hee

    jom meriahkan giveaway yg alin buat.

    http://sangselembai.blogspot.com/2011/06/siapa-bertuah-dapat-baju-hari-raya-dari.html

    ReplyDelete
  3. haezzah : hahaha takpela, takmarah, terkilan je ;p orait, nanti kita pi sama2, tapi gcb tak pedas lahh!

    nurazlin : sedaapppp ! :D

    ReplyDelete