Jun 24, 2011

hari ini teruja!


hari ini sungguh teruja! sungguh, tak tipu. hari aku dapat camera filem pertama aku. yeay! tapi biasalah, aku tak mampu untuk beli yang mahal-mahal. cuma rm55 sahaja. sungguh murah! dengan bantuan rakan, hari ini aku dapat memiliki Aquapix Lomo 135mm Watreproof berwarna merah, warna kegemaran aku!

aku tak tahu sangat pasal filem-filem ini, dan aku tak berapa sure sangat pasal camera ini akan memberikan effect lomo atau tidak, tapi paling tidak  pun camera ini waterproof! well, aku suka pergi swimming, lepas ni boleh lah bawa masuk air. heh. 

setakat ini aku cuma buat research sahaja dari internet. filem yang ada dalam camera aku sekarang adalah filem biasa yang 400 apa entah. ISO mungkin? sepanjang aku buat research selama beberapa jam sahaja sebelum membeli camera ini, aku sangat berpuas hati dengan gambar-gambar yang jadi contoh. serius teruja gila nak beli sebab satu hal lagi dia comel. heh.

kadang-kadang guna camera filem ini sungguh suspens, teruja, tertanya-tanya dan exited sebab kita tidak tahu hasilnya macammana. untuk gulungan filem pertama aku ni, adalah untuk ekperimentasi hasilnya. aiceh! okay dah cukup pasal camera ni.

lagi satu yang buat aku teruja gila hari ini sebab abah, mama dan turut serta adik telah membelikan aku lens Holga untuk dslr Canon aku. pewwiiittt ! suka gila! tapi malangnya aku kena tunggu cuti nanti baru boleh ambil camera aku di rumah. ahaii... apa-apa pun, terima kasih abah kerana membelanjaku, mama yang tolong pujuk abah dan adik yang mencadangkan. terima kasihhhhhh !

rasa macam panjang sangat je post kali ini, okay babai for now. nanti kalau aku dah cuci gambar-gambar dari filem tu, aku post ye dekat blog buruk ku ini. insyaallah :)


//sekarang kena rajin kumpul duit untuk cuci gambar dan beli filem. tak sabarnya nak tengok hasilnya!

No comments:

Post a Comment