May 2, 2011

Final dah habis, saya gembira!


akhirnya segala kusut serabut serabai aku berakhir. maka dengan ini, sukacita dimaklumkan, semester empat sudah pun tamat! yahooo! okay tak payah nak happy sangat, result tak keluar lagi. ppfft~

alhamdullilah, aku berjaya siapkan semua kerja-kerja yang aku sendiri pun tak sangka aku mampu siapkan. beberapa hari sebelum final assessment memang aku ada rasa sikit down, give up segala lah. aku rasa macam nak tinggalkan terus kerja aku, dan biar apa nak jadi. tapi dengan semangat yang berbaki sedikit, bantuan kata-kata dari kawan-kawan, aku berjaya harungi jua. terima kasih semua!

paper ATH pula alhamdulilah, soalan spot keluar. cuma aku berserah saja. harap-harap semuanya baik-baik belaka. tolong, aku tak nak jatuh semester ini. mahu kekalkan prestasi.

dan aku sudahpun berada di rumah! sungguh, tenang gila bila sampai rumah. tengok family semua, rasa seronok!hari ini hari pertama aku di rumah. penat, jadi tak buat apa pun. lepak-lepak dan borak-borak bersama family. tapi aku dah plan, apa nak buat cuti ni. memandangkan cuti pendek, jadi aktiviti kena padat.

plan cuti ni :-

1. makan-makan, jalan-jalan dan bersuka-ria dengan Morphine! yeay!
2. vacation to somewhere with family, tapi adik kena tinggal! yeayyyy! 
3. lepak-lepak bersama bestie, ambil-ambil gambar. suka suka!
4. oh, aku ada kerja, jadi kerja kena settlekan sebelum start cuti semester.
5. sleep over partyyyy !
6. bermain dengan Bubu sampai aku power, okay tipulah dalam masa kurang sebulan boleh power kan? sigh.

setakat ni, itu sajalah dalam perancangan. memandangkan duit pun tidak mengizinkan, jadi kena fikir alternatif lain untuk berhibur. apa eh?


2 comments:

  1. Cantik gambar kat lab ni.
    bukan lab cantik, tapi baju kurung tu.
    haha..
    nampak sesuai sangat.

    -ni bukan Syazwi, tapi orang lain..

    ReplyDelete
  2. hahaha baju kurung memang cantik walau pakai dimana sahaja, atau apa jenis material sekali pun. tapi saya gemarkan baju kurung yang asli, maksudnya bukan modern punya design :)

    okay mengarut!

    eh mana kenal syazwi kalau ini bukan syazwi.

    teng teng tengggg! *sound effect* haha

    ReplyDelete