May 2, 2011

Bodek

bodek dan ampu sangat sinonim dengan orang-orang kita. dari dulu sampai sekarang, dalam sedar atau tidak, benda itu selalu terjadi.

okay, aku bagi satu contoh ;

watak - abu dan ibu.
lokasi - rumah.
sinopsis - abu pulang dari sekolah, singgah kedai ah cheng. abu mahu beli tora, tapi abu tidak ada duit. jadi abu balik rumah. sampai rumah, ibu tengah sapu sampah.

abu : abu pulang!
ibu : pergi masuk, makan, buat kerja sekolah. *klise ayat ibu-ibu.
abu : ibu, abu tolong sapu sampah ya. ibu pergilah masuk.
ibu : rajinnya abu. selalu kalau disuruh, tarik muka, hentak kaki. okaylah, ibu masuk dulu.
abu : eh eh eh ibu. boleh abu minta seringgit dua. alaa kan abu sapu sampah, lepasni abu buat semua kerja. ibukan baik, cantik, rajin... kan kan kan?

****
lihat dimana aktiviti bodek sedang berlaku? tidak nampak lagi? okay mari aku higligh kan. 

"abu tolong sapu sampah ya"

 "selalu kalau disuruh, tarik muka, hentak kaki"

"abu buat semua kerja. ibukan baik, cantik, rajin

abu, budak malas, yang tiba-tiba menjadi rajin kerana mahukan seringgit dua. apakah itu bukan bodek?

****

bagi aku, bodek ada dua jenis.
yang positif dan dan yang negatif.

apa pula yang positif dan apa pula yang negatif?

bodek jadi postif bila kita semburkan kata manis berserta usaha yang ditunjukkan.

contoh ;
" hari ni hari jadi bos, jadi kami ada buat party untuk bos. kerja-kerja kami semua sudah selesai ".

nampak? para pekerja sedang membodek dengan mengadakan majlis hari jadi, mungkin supaya untuk mendapatkan gaji lebih atau supaya senang untuk dapat cuti atau mungkin saja supaya bos tidak naik angin lalu menambah lagi kerja-kerja yang sedia membebankan. tapi, proses pembodekkan itu jadi positif bila para pekerja sudah pun siapkan tugasan-tugasan yang diberi.

bodek jadi negatif pula bila hanya semburan kata manis berlaku, tapi ianya bagi melindungi keburukkan si pembodek semata.

contoh ;
" hari ini hari jadi bos, kami ada buatkan party sedikit, kami juga ada sediakan hadiah hampir penuh menggunung semeja besar, alaa bos tak payah lah fikirkan kerja ya hari ini, hari ini kan hari jadi bos yang cantik, baik dan bijaksana "

bila bodek jadi negatif, selalunya semburan katanya akan hebat-hebat belaka, akan buat si mangsa bodek senyum tak terkata. biasalah, nak cover salah, kenalah pakai perisai yang power-power.


jadi, proses bodek ini akan sentiasa berlaku, tidak kira dimana dan siapa. munkin kita-kita pun pernah jadi mangsa? tapi, bila membodek, agak-agaklah ya.

// post yang dah berapa lama duduk dalam draft aku -.- 
/// pandangan aku semata. aku tau korang tak faham, sebab macam serabut sikit. heh.


No comments:

Post a Comment