Apr 7, 2011

Art Market - Final event for this semester.

 muka lambat bangun dan tergesa-gesa siap. nasib baik kolej dekat -.-

selesai sudah event terakhir untuk semester ini. pheww~ lega sebab lepas ni dah boleh focus on assignment yang entah tak tahu bila nak habis nya. ppfftt~ menci menci! okay menggedik!

event penutup untuk fakulti aku semester ini, adalah Art Market. Art Market ini bertujuan memperkenalkan fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) kampus Kuala Terengganu. kalau ikutkan planning, banyak lagi event seperti Art Camp, Dinner dan macam-macam lagi, tapi dah kesuntukkan masa, apa boleh buat. Art Market ini disertai oleh semua class yang ada dalam FSSR dari graphic ke tekstil. semua class dikehendaki membuka booth masing-masing.

bagi group aku pula iaitu group A, semester 4, graphic, kami menjual random things. kebanyakkannya aksesori lah. memang murah habis kitorang jual. apa yang special dekat booth kami adalah keychain bongkah kayu berbentuk kamera.

apa-apa pun, yang seronoknya adalah kami, satu fakulti gather ramai-ramai dan bikin havoc. memang cool. eh ada lagi yang best. aku buat design cupcake sendiri. cuba tengok gambar di atas. aku namakan cupcake itu cupcake " Biol " sebab mata dia senget-senget. ingat senang ke hah nak design? aku pun Kak Ummi yang ajar. heh. nak tengok cupcake Kak Ummi, tekan sini. boleh order tau, cupcake dia, two thumbs up! sedapppp!

*failed : aku bangun lambat untuk incharge PA system for design talk. hadoi! nasib baiklah ada yang membantu -.-

*gambar tak banyak sebab aku tak banyak duduk dekat booth. kerjaaaaa =.=


ni lah separuh dari budak class aku. power kan? ada sesiapa yang nak berkenalan? the jejaka's is still single and searching. heh.

No comments:

Post a Comment