Feb 8, 2011

20 fakta tentang Aiman Nabilah.


1. Aiman adalah nama aku yang betul. bukan nama boyfriend atau apa-apa. pelik juga bila ada orang tanya - " Aiman tu nama boyfriend ke? ". ppfffttt~

2. walaupun aku agak brutal, ganas dan tidak seperti gadis ayu, aku sangat sukakan warna pink. cuma mungkin orang tak akan perasan kot, sebab barang-barang aku tak banyak pun warna pink.

3. aku sukakan baby, yang umurnya sekitar lima bulan hingga 2 tahun. mereka sangat comel lah!

4. disebabkan aku suka baby, jadi aku sangat suka tengok baju baby dan juga barang-barang baby. furniture baby pun comel gila. kalau aku pergi ikea aku suka tengok dekat tempat kanak-kanak. walaupun aku suka apa saja tentang baby, tak bermakna aku nak anak sekarang eh. hep! lambat lagi.


ikhsan - Google Pictures

5. disebabkan dua sebab diatas, ternyata memang aku penggemar barang-barang comel, dan juga miniatur.

6.aku tidak gemar memakai snickers walaupun aku tahu snickers adalah sangat cool. 

7. aku tak boleh makan pedas, bukan sebab sakit atau apa, cuma lidah tak boleh terima. kalau pedas pun setakat 20%.

8. aku tak minum susu putih. kalau yang coklat sahaja aku minum. susu putih tu buat aku kembang tekak lah!

9. bila rasa badmood, boring atau baru lepas nangis, selalunya aku akan ambil gambar diri sendiri (self-potrait) untuk menceriakan hati yang duka lara. heh.

10. antara panas atau sejuk, aku akan pilih sejuk tak kira apa sahaja benda samaada cuaca atau minuman. tapi kalau makanan tu memang suka panas-panas lah der!

11. antara menari, photography dan graphic design, menari adalah betul-betul jiwa aku. dance is my passion. 

12. aku adalah penggemar fast food / western food / italian food. sampai Morphine kata - "boleh mampuih cepat ni! " heh.

13. aku pernah belajar main viola selama 3 tahun, drum selama 2 tahun. tapi aku memang sangat-sangat teruk in those instrument. heh. baca not je lebih, main macam haram. ini akibat malas practise. hee.

14. aku dengar lagu melalui lirik. kalau lirik cantik, maka aku suka lagu tu. genre music tidak kisah, asalkan tidak menyerabutkan kepala otak.

15. aku tidak berapa gemar makan coklat, gula-gula, cake. aku prefer lagi snek-snek seperti keropok, bijirin atau roti.

16. dulu pernah kumpul setem masa sekolah rendah, tapi bila masuk sekolah menengah dah stop kumpul. setem yang paling aku suka setem Disneyland. tak ingat dapat dari mana.

17. binatang paling aku tidak suka adalah anjing. sebab aku ada pengalaman buruk dengan anjing. ciss!

18. ada satu parut dekat dahi. mama kata parut tu sebab aku jatuh longkang masa umur 1 tahun. yang menariknya, aku langsung tidak nangis walaupun darah dah meleleh banyak keluar. wa kuat tau!

19. bercita-cita hendak buka studio. heh. samaada studio tari, photo atau designing. hehe ;p

20. selalu protes dalam hati, jarang tunjuk depan orang. 



3 comments:

  1. berdasarkan fakta2 diatas, di sini saya mengkaji, ada kemungkinan cik aiman(bukn nama bf)akan buang anak beliau bila usia budak tu dah masuk 3 tahun....hahaha....
    sayangi anak anda.

    ReplyDelete
  2. hahahhaa siot! kalau anak takkan dilupakan lahhh. akak ku jaga seperti menantang minyak yang penuh! cewahh! lambat lagi oiii! haha

    ReplyDelete