Jan 12, 2011

bila esok tak ada class, jadi malam ni tidur lambat.

sekali lagi, title aku mengarut. tapi memang betul pun, bila esok tak ada class, malam aku mesti lah tidur lambat. tapi sekarang kena kurangkan perangai tidur lambat. it's not healthy okay wahai kawan-kawan. jadi, dari sekarang, aku mahu dapatkan rehat yang cukup, salah satunya dengan tidur awal dan bangun awal. otak pun nanti fresh.

aku baru beli kasut. yeay! hari tu planning nak beli dengan mama, tapi dah mama jatuh sebelum pergi shopping, jadi tak dapatlah beli. lepastu balik Terengganu, duit pun ada sikit-sikit, dengan perasaan kobar-kobarnya, pergilah Vincci. tak banyak pun pilihan, tapi kira okay lah, aku pun rembat je lah sepasang gladiator. yeay! dapat kasut baru!

 

jadual class aku pun dah berubah. bukan lagi jadual yang aku postkan dekat entri lepas. seronok juga jadual baru ni, tapi nanti kerja mesti bertimbun. heh. sekarang pun dah ada empat benda kena settle. semua pasal research. haih.


itu sajalah kot untuk hari ini. erm. aku macam terfikirkan sesuatu. since semua subject aku makin payah dan susah, jadi aku rasa aku nak taip lah segala apa yang aku belajar kat blog ni. tapi aku tak pasti lagi lah. tapi cara ni mungkin berkesan untuk pembelajaran aku sebab bila aku taip, dalam masa yang sama aku cuba memahami. betul tak? jadi, kalau kau kau semua terpaksa baca segala semua semua tu, dan kau kau tak suka, maaflah ya.



okay. bye.

1 comment: