Dec 11, 2010

Pulang dari Terengganu


aku sudah pun pulang dari Terengganu. 5hb hari itu aku dah sampai rumah. aku naik bas dari Kuala Terengganu 5hb, pukul 1. jadi sampai rumah dalam pukul 8.30 malam. badan memang penat. mana taknya, Terengganu hujan sahaja memanjang, tempat tidur pun tidak selesa. nak selesa macammana, tidur dekat hostel, cadar apa semua tak ada. haih.

masa awal-awal  memang aku berat hati nak pergi. berat hati sebab fikirkan kena tidur hostel. gila seram. hostel tu dah lah besar, yang ada 12 orang je. empat orang perempuan tidur wing kanan, budak-budak lelaki duduk wing kiri. agak jauh. haih. seram. tapi layanan memang seronok lah. sampaikan nak pergi mana-mana ada orang hantar. siap naik van UiTM lagi. seronok!

hari kedua di Terengganu adalah hari mula bekerja. hari kedua pagi-pagi dah kena bangun, sebab dah kena pergi UiTM Dungun. hujan kat Terengganu memang langsung tak berhenti. kalau berhenti pun mungkin dua-tiga jam, kemudian hujan balik. hujan rahmat mungkin. sampai sahaja UiTM Dungun tengok para graduan tengah rehearsel untuk konvo. aku pula rasa teruja. aku jaga bahagian studio, jadi bagi siapa-siapa yang berkenaan di bahagian studio, kami pun set up lighting apa semua. makan masa juga lah. settle set up semua, kami ke bilik masing-masing. kami ditempatkan di hostel  UiTM Dungun. bagi aku, hostel depa ni best. bilik pun luas, toilet pun tak ada lah menyeramkan. hari ketiga di Terengganu (hari kedua di UiTM Dungun) adalah hari dimana hari pertama konvo. maknanya sidang satu lah. dekat UiTM Dungun ada lima sidang, satu hari ada dua sidang dan Dungun buat konvo adalah pertama kali (aku tau ayat aku sikit pening). aku tak jadi photographer pun, sebab aku bagi tugas tu dekat adik aku dan kawan lect aku. aku jaga kaunter sebab seronok jumpa dan bercakap dengan orang ramai. seronok aku tengok para graduan ini apatah lagi yang ada selempang. memang gua tabik spring lah! sikit sebanyak menaikkan semangat aku untuk belajar. hari terakhir, lepas habis sidang lima terus kemas-kemas barang dan pulang balik ke Chendering. masa tu dah hari ke empat berada di Terengganu.

datang berkerja untuk hari konvo ini memang seronok. banyak juga benda aku belajar terutama sekali cara nak set up lighting studio, compo untuk ambil gambar studio dan orang ambil scroll dalam dewan dan juga cara nak handle orang ramai. dan yang paling seronoknya, aku diberi peluang selama beberapa minit untuk menggunakan camera idaman aku, Canon 7d. woot woot! terbaik! lect aku pun sangat baik. makan jangan ceritalah, memang makan besar duduk sana.

oh pasal balik modal ke tak balik modal, memang balik modal pun. cuma untung aku tak banyak. tapi aku rasa tak rugi apa, janji aku dapat ilmu dan pengalaman.

aku ada bikin video. gambar-gambar aku sahaja selama lima hari berada di Terengganu. semuanya pakai kamera telefon bimbit aku, jadi kualiti memang tak best lah. aku target dapat 400 keping gambar, tapi dapat 153 keping sahaja. almaklumlah, bila dah syok sangat aku lupa nak ambil gambar. jadi layankan je.




p/s : gambar-gambar aku dok main-main dekat studio ada, nantilah aku upload buat satu entri lain. internet lambat gila weh! grrrr~

3 comments: