Dec 13, 2010

Port Dickson

lepas balik je dari Terengganu, rehat tidur, kemudian tengah hari (6hbDec) dah gerak pergi Port Dickson. ada family day,reunion sekolah menengah abah. badan memang tak hilang penat lagi. tapi dah alang-alang nak pergi bercuti, dapat lah rehatkan badan di PD nanti. pergi PD tak lama pun. dua hari, satu malam sahaja. aku pun sudah lama tak ke PD.

perjalanan ke PD dari rumah aku, makan masa satu jam lebih. tak jauh mana pun. kami semua berkumpul di Eagle Ranch Resort. ada sepuluh keluarga kalau tak silap aku. keluarga aku adalah keluarga yang ketujuh sampai. agak lambat lah kiranya. bukan apa, jalan jam oi. 

sampai sana, lunch dulu ramai-ramai, kemudian baru lah masuk bilik. bagi aku kawasan resort tu memang menarik walaupun jauh dari pantai. dekat resort itu ada disediakan macam-macam aktiviti seperti paint ball, go-kart dan lain-lain cuma tinggal nak bayar je kalau nak main. gaya resort ini lebih kepada gaya ala-ala koboi. jadi resort dia pun jelas sekali menunjukkan gaya koboi seperti Bandwagon, Tepees, Paddock Chalets, Log Cabin dan Kampong House. aku punya bilik adalah jenis Bandwagon. bila aku masuk je bilik, pandangan pertama aku adalah bilik ini sangat menarik kerana lain dari yang lain. dinding dia daripada kayu-kayu, almari juga daripada kayu. sangat segar. tapi yang tak best nya lampu bilik ada ada dua yang tak boleh guna. kalau kau-kau nak tengok Eagle Ranch Resort ini boleh lah check website ini. 

aku masuk bilik, salin baju terus ke swimming pool. yela, abah-abah dan emak-emak berkumpul mahu berborak, jadi si anak-anak takkan nak menyemak pula kan? jadi aku dan adik aku pun pergilah berenang. aku memang suka berenang. dari kecil lagi abah dan mama selalu bawa pergi berenang dekat swimming pool. tapi, aku tak pernah masuk kelas renang. aku belajar berenang dengan abah sahaja. jaguh kampung kata abah. sejak masuk universiti aku jarang pergi berenang, jadi kali ini memang aku lepas gian lah. tapi masalah aku adalah, aku ada alahan dengan klorin. lepas je habis berenang terus naik gatal-gatal badan aku. haih. malam itu sepatutnya ada aktiviti karoke dan makan malam. tapi aku tak join pun. sakit kepala. aku tidur paling awal. tak silap aku pukul lapan lebih dah tidur.

bangun pagi, aku dan adik pergi breakfast kat cafe resort. abah dan mama breakfast dengan geng-geng depa. menu kat cafe pun tak menarik. ada nasi lemak, roti canai dan biasalah mesti ada roti dengan cereal. lepas breakfast, terus pergi poco-poco. menarik, aku suka. ini mungkin kali pertama aku join poco-poco. penat juga. habis je poco-poco ada sukaneka. macam-macam ragam. aku tak join apa-apa, sebab aku tukang ambil gambar. selesai sahaja sukaneka ada penyampaian hadiah dan majlis pun berahkir. masa tu dah pukul 11 pagi tak silap. pukul 12 nak check out dah. lepas aku dan adik kemas barang letak dalam kereta semua, kami pun pergi swimming pool lagi. kali ni berbelang badan aku.

tak banyak pun aktiviti. cuma abah aku dapat lah jumpa geng-geng sekolah dia dulu. mungkin lain kali ada lagi family day macam ini, tapi dipenuhi dengan banyak aktiviti. harap masa tu aku cuti lah.

fuhh! panjangnya cerita. macam karangan sekolah -___-"





2 comments:

  1. phew!
    aku dok PD gak kames ri tuhh.
    kat tiara beach resort.
    ada nmpk aku? HAHAHAHA.

    neway holiday best kan? tapi dah stat sem daa skg, sedihh! hukhuk

    ReplyDelete
  2. aku lalu depan Tiara je la. dekat je resort tu dengan Tiara, lebih kurang 10 minit, naik kereta. Kot lah. haha

    holiday memang best, start sem best juga, sebab belajar benda baru, tak best sebab masa tu otak kusut gila! kan?

    ReplyDelete