Dec 15, 2010

Result

result sudah keluar. 10hb hari tu, tapi aku baru nak update hari ini. nampak sangat aku malas nak update blog. result aku tak adalah baik mana, tapi dah cukup buat aku gembira. maknanya tak sia-sia usaha aku.

siapa-siapa yang dah lama ikut blog aku mungkin tahu cerita tentang result ini. masa aku semester satu, result aku memang teruk gila! dapat 2.59 sahaja dengan satu subjek ulangan, subjek DRAWING. subjek yang paling aku tak suka. ibarat kau kau semua tak suka pergi jumpa doktor gigi lah lebih kurang. masa tu aku memang down gila. lagipun salah aku, patut aku struggle masa semester satu, ni pergi main-main. memang jahanam lah result. sejak kes result tu, aku cuba baiki masa sem dua. alhamdullilah, dengan pelbagai masalah jiwa segala, pointer aku bertambah baik. GPA dapat 2.77, CGPA dapat 2.89. lega gila dapat naikkan pointer tatkala ramai yang turun pointer. lagipun aku nak tebus salah aku semester satu. semester ni pula, iaitu semester tiga, memang aku gembira tengok result. akhirnya GPA aku dah mencecah tiga pointer, iaitu 3.2. memang lah tak bagus mana, janji result aku tak jatuh. CGPA aku pun dah naik ke 2.9. haih, gila susah nak naikkan CGPA. subjek yang aku ulang pun semua dah settle, now i'm back on track! gembira bila tengok usaha kita akhirnya berbaloi. tak lama lagi, dah nak buka sem. maknanya, aku dah masuk semester empat. subjek-subjek semester empat pula macam susah. harap-harap aku semakin baik lah dalam apa jua benda yang aku buat. harap perangai aku yang macam entah-apa-apa ni berubah ke arah positif. dan target aku untuk result sem depan adalah tiga pointer. baru sedap mata memandang kan?

gila jujur aku cerita. dah lah result tak bagus mana, nak cerita dekat semua orang. ppfffttt~ gagal sekali tak bermakna tak berjaya lain kali. betul tak?

"jangan kejar kejayaan, buat yang terbaik, nanti kejayaan akan jadi milik kita"-dialog Rancho Chancad ( 3 Idiots )

No comments:

Post a Comment