Dec 25, 2010

Mahu!

bila agaknya duit PT nak masuk ni? aku nak beli macam-macam barang ni sebelum balik kampus.

aku nak beli pencuci muka, pelembap dan segala macam keperluan asas. ini penting. aku malas nak minta duit ibu bapa. kalau boleh nak guna duit sendiri, lagi seronok nak shopping. haih

aku nak beli stok mounting board. nak beli banyak-banyak terus supaya bila dekat kampus nanti tak adalah kerja aku nak tertangguh akibat ketiadaan mounting board. bukan mounting board je aku perlu, macam-macam benda lagi, keperluan untuk assigment harus dibeli.

urm lagi aku nak beli harddisk. ini paling perlu! laptop aku dah terlampau beratnya. dah dikira obesiti lah juga. terlalu banyak sangat gambar-gambar yang aku sayang sangat nak padam, lagu-lagu yang menjadi teman bila aku bikin kerja, movie-movie sebagai teman waktu bosan atau stress. haih kalau aku jual semua ni, boleh kaya aku rasa.

lagi, aku perlukan Kasperky sebab yang aku punya sudah tamat lesennya. ini penting juga, tak adalah laptop aku nak buat hal. dah lah segala kerja-kerja aku akan menggunakan laptop. jadi, laptop ini teramat lah pentingnya.

lagi urrmmm lagii aku nak sangat standard lens! tolonglah haih. siapa-siapa nak kasi hadiah kat aku, tolong bagi standard lens untuk camera aku. sekarang aku guna telephoto sahaja sebagai main lens. apa kejadahnya semua ini! kit lens aku rosak, jadi aku mengharap sangat ada sesiapa yang sudi menghadiahkan aku standard lens atau paling-paling pun dapat kit lens pun aku dah cukup bahagia.

haih, kalau banyak duit kan senang. kenyit mata je dah dapat -___-"

1 comment:

  1. haha...bile haa msuk pt??...ak nk bli tiket bas nk blik tganu nie...haahaha

    ReplyDelete