Dec 28, 2010

27122010

aku baru balik dari pergi family day dekat Pertak. kejap, sebenarnya adalah Reunion PLBN/IKBN Pertak. Bonda dulu salah seorang pelatih andaman dan rambut *aku tak sure sangat macam mana sebutannya* tahun 88/89, dekat Pertak. jadi kami sekeluarga pun pergilah ke Kuala Kubu Bharu tu pada hari Sabtu lepas.

reunion ni dibuat selama 2 hari 1 malam sahaja. hari pertama, sampai-sampai sahaja terus register dan pergi hostel. kami tidur hostel, sebab reunion ni buat dekat IKBN Pertak Ampang Pecah. hostel tu baru, jadi kami lah kiranya kelompok pertama yang duduk. jeles tengok bilik hostel tu sebab besar gila. aku punya hostel kat terengganu pun tak besar macam ni. boleh main lari-lari lagi. tempat tidur memang selesa, jadi tak ada masalah dengan tempat penginapan. selesai sahaja letak barang semua, turun balik pergi tempat kami mula-mula register sebab ada lawatan untuk melihat lokasi IKBN Pertak yang lama yang sudah ditenggelamkan oleh empangan. Bonda pula seronok jumpa kawan-kawan lama. mana taknya, masa berpisah dulu umur 20 tahun, sekarang berjumpa balik dah umur 43 tahun, jadi banyak lah ceritanya.


hari pertama aktiviti biasa-biasa sahaja. petang pergi lawatan, kemudian rehat sekejap. malam majlis perasmian, ice-breaking, gossip-ing, story telling dan karoke. masa story telling paling seronok. sebab nama-nama bekas pelatih yang dipanggil harus menceritakan kenangan pahit atau manis sepanjang menjadi pelatih dulu. macam-macam cerita. cerita nakal lah, hantu la, baik lah dan tak lupa juga cerita cinta. nama mama pun turut dipanggil. bukan main mama cerita, dan cerita mama kategori cerita cinta. heh. panjang lebar mama bercerita, akhirnya mama punya cerita dapat lah menang hadiah "kenangan paling menarik". 

hari kedua singkat sahaja sebab tengahhari semua dah bersurai. pagi-pagi tu ada senamrobik. biasalah tu. lepas bersenam kena jungle tracking belakang IKBN tu. ingat biasa-biasa sahaja, tapi rupa-rupanya, mak aihh, sungguh mencabar jiwa dan raga. walaupun dah disediakan track, curam dia bukan main. kalau tergelincir sikit mahu tergolek terus ke bawah. memang penat gila, tapi seronok lah. lepas jungle tracking ada sukaneka. banyak aktiviti untuk kanak-kanak sahaja. lepas dah makan semua kami pun bersurai. balik-balik je rumah sampai dalam pukul 3 petang, memang aku tidur tak ingat dunia, penat daki bukit tadi.


kemudian malam pukul 7 baru aku bangun. lepas mandi-mandi, ready nak tengok bola pula. tapi memang terasa penat lagi. mata pun sembab. haih. mula-mula aku tengok bola sorang-sorang je dekat rumah sambil online, sebab abah dan adik dah pergi tengok dekat mamak, mama pula pergi downtown, Cheras. tapi lepas insiden laser tu terus aku chow join abah. lagipun sebab aku panas hati online twitter. rezeki Malaysia, menang lah juga 3-0. harap nanti masa dekat Indonesia kita pun menang. diingatkan kepada supporter-supporter bola semua, behave yourself! tak kisah lah pihak mana, it's just a game so don't be too emosional.

lepas selesai tengok bola, abah ajak pergi Bukit Jalil tengok suasana kat sana. memang jalan jam gila tapi seronok tengok keadaan meriah macam tu. bukan senang nak tengok keadaan meriah yang aman macam tu. dekat Bukit Jalil pun tengah berlangsung Konsert Rock The World 10. masa tu dah pukul 11 lebih, jadi konsert tu memang dah nak habis pun. aku pun saja lah pergi nak dengar-dengar lagu dari luar, sebab nak masuk dalam memang tak boleh, aku tak ada ticket atau pass. tengah-tengah dengar tu, ada abang yang jaga entrance tanya nak masuk ke tak. masa tu OAG perform, aku pun cakap je la nak. dengan pakai baju nak tidur, seluar jeans, selipar hijau aku, muka dengan mata sembam, clean from any make-up, rambut kusut, aku pun layan headbanging depan stage. betul hippies. lepas selesai saja Rock The World pegi downtown Cheras pula, jumpa mama. pukul 1 pagi, balik rumah terus tidur. penat gila!

No comments:

Post a Comment