Dec 24, 2010

bad habit

aku sangat pasti semua orang termasuklah perempuan cantik lagi hot macam Zooey Deschanel ni ada bad habit atau kalau dalam bahasa melayunya tabiat buruk. tapi mungkin aku adalah perempuan yang mempunyai banyak gila tabiat buruk. tapi tak tahu lah kan?

tabiat aku yang aku rasa paling buruk dan teruk adalah kunyah ais. aku rasa benda tu dah tak janggal dah dalam kehidupan manusia sekarang. lepas makan, minum air sejuk dan kunyah ais. memang teruk betul. aku start kunyah ais sejak dari sekolah rendah kalau tak silap, itu pun masa dah nak masuk sekolah menengah. sampai sekarang aku tak boleh buang tabiat ni. semua orang dah bising kat aku suruh hentikan tabiat buruk dan teruk ni. tapi tak berjaya. aku suka kunyah ais yang buat sendiri dekat rumah. tapi, kalau dah duduk kampus tu macam mana lah nak buat ais sendiri kan? macam-macam keluarga aku buat untuk hentikan tabiat aku ni. letak garam dalam ais yang aku buat lah, buang ais yang buat tu lah, macam-macam lah. tapi memang tak menjadi pun. yang paling berjaya buang tabiat kunyah ais ni, encik Morphine sahaja. itu pun sementara dan atleast dia kurangkan tabiat buruk aku ni. dia sangat marah kalau aku kunyah ais dan bila dia cubit aku memang sakit gila weh. masa demam hari tu, lama juga aku tak kunyah ais. haih. tolong jangan ikut ye tabiat buruk ni!

lagi satu tabiat buruk aku adalah suka main rambut sendiri depan orang. aku tak perasan pun yang aku main rambut, tapi Mama selalu tegur. selalu tengah borak-borak ke, atau tengah duduk-duduk saja, dekat tempat ramai orang, mula lah aku nak main rambut. tapi memang benda ni aku tak perasan pun. ini secara tak sengaja lah kiranya. tak sopanlah kalau asyik main rambut depan orang kan? apa pula kata orang nanti.

lagi satu aku suka goyang kaki bila duduk saja-saja. benda ini sebenarnya biasa saja, tapi bagi aku ini tabiat buruk. tak sopan goyang kaki tak semena bila duduk. jelas sangat kebosanan aku. heh. selalu bila dengar ceramah, atau semasa interview ke, ataupun duduk dekat meja makan, mesti nak goyang kaki. haih.

hurm. apa lagi eh tabiat buruk aku? malas update blog tu kira tabiat buruk lah kan? heh.

No comments:

Post a Comment