Dec 20, 2010

.

okay abaikan title. aku memang tak ada idea langsung. haih

gambar sudah pun diuploadkan ke photoblog aku. lambat gila nak upload 13 keping gambar. dan aku tak rasa blogspot tak sesuai untuk dijadikan photoblog. susah nak susun gambar. gambar pun macam tak puas je nak tengok. haih. tengoklah, kalau rajin, aku bikin lagi satu blog guna wordpress atau tumblr. tapi tengoklah, kalau aku RAJIN sahaja. nak update yang satu ni pun mak aih punya lah liat. duhh~

cuti dah nak habis. aku tak sedia lagi nak balik kampus. macam tak puas lagi cuti. haih. lagi dua minggu kena balik kampus. tapi alhamdullilah lah masih lagi dapat kolej. kalau tidak lagi susah.

oh, aku ada cerita. baru teringat.

kan dekat media dah kecoh pasal sms penipuan yang minta topup. semalam aku pun dapat juga. nak tahu apa katanya?
" ini ayah, tlg bagi credit maxis 50rm ke nombor baru ayah 0128115902. ayah lagi ada masalah kat balai police"- dari +6285237308125 "
memang kelakar je aku rasa. pertama, aku tak panggil AYAH, aku panggil abah. dah sah-sah lah tipu. yang kedua, amboi-amboi kau, nak minta sampai 50rm. aku sendiri pun tak topup lagi. melampau! yang ketiga, kalau ada masalah kat balai polis, boleh je pinjam telefon polis tu kejap, kalau dah terdesak sangat. lagipun, masa aku dapat sms ni, abah tengah tengok tv dengan aku. haih kelakar kelakar! bayangkan berapa sangat lah dia dapat topup sedangkan cost untuk dia hantar sms-sms ni kepada semua orang mungkin lebih tinggi.

tengok, manusia sangat kreatif. menipu adalah satu seni. tapi bila tipuan anda terserlah, ia adalah satu benda yang sangat bodoh! manusia sanggup bikin apa saja untuk dapatkan apa-apa. betul tak?

2 comments: