Dec 21, 2010

kalau aku ada kuasa

kalau aku boleh pilih kuasa-kuasa superhero, aku nak kuasa boleh membaca fikiran orang. aku tak mahu kuasa boleh terbang, aku tak mahu kuasa jadi badang, aku cuma mahu boleh baca fikiran orang. sebab dengan baca fikiran orang aku boleh jadi kuat.

kalau dapat baca fikiran orang, mesti seronok. tapi aku rasa kalau tak pandai kawal mesti boleh sakit jiwa. kalau boleh baca fikiran orang, senanglah aku nak cuba memahami seseorang. kalau pergi mana-mana senang, tengok muka orang tu, kita boleh tahu apa yang mereka fikirkan. mesti bermacam ragam. seronoknya! tambah pula, kita dapat tahu niat orang tu baik atau jahat, jadi kita boleh lah elakkan diri dari penjahat.

kalau boleh baca fikiran orang, kita boleh tahu orang tu selesa atau tidak dengan kita. kita boleh tahu dia boleh terima atau tidak cara kita. kalau boleh baca fikiran orang, kita boleh tahu pandangan orang terhadap diri kita. alangkah seronoknya!

tapi mustahil lah semua itu.

kalau ada kuasa macam tu, aku rasa makin kelam kabut jadinya dunia. maka berlambak-lambak lah manusia jahat dalam dunia. apa tidaknya, kalau sesiapa dapat baca fikiran orang, mestilah dia tahu tentang kehidupan peribadi seseorang. contohnya, berapakah jumlah simpanan duitnya, dimanakah tempat simpan duit dan segala macam lah.

jadi, rahsia sebenarnya seronok juga.

No comments:

Post a Comment