Dec 31, 2010

2010 - End

 

Selamat Habis Tahun 2010 semua dan Selamat Tahun Baru 2011.

macam-macam dah jadi tahun 2010 ni. ada naik, ada turun. ada pahit, ada manis. macam-macam ada. tapi konkulisnya, aku bahagia tahun ni. permulaan awal tahun start dengan benda-benda sedih, sampai aku rasa tahun ni adalah tahun paling teruk untuk aku, tapi pertengahan tahun, semuanya bahagia saja.

oh, aku ada buat confession, jadi, kau-kau baca tu jelah, penat nak taip. heh. tekan sini.

aku agak berpuas hati dengan tahun ni, yang agak memberangsangkan dari segi kemajuan pelajaran. cewah!
tapi, aku agak kecewa bab cintan-cintun. sedih. tapi tak apa, we're still okay, we're still lover but in our own way.

aku dah senaraikan azam tahun 2011. banyak, tapi insyaallah boleh terlaksana. azam 2010 dah terlaksa pun, alhamdullilah! antara azam 2011 adalah :-
  • rajin buat assigment dan tak tangguh kerja
  • naikkan pointer! chaiyok!
  • tak mahu selebet dan selekeh lagi. heh.
  • kurang / berhenti makan ais.
  • beli camera baru hee
dan yang lain-lain tak perlu tahulah. biar aku sorang saja yang tahu. harap-harap tercapai lah kan.

kepada kau-kau semua, aku ucapkan semoga 2011 memberi lebih kebaikan kepada kau-kau semua.

bye.

No comments:

Post a Comment