Jan 4, 2011

Balik ke Terengganu - Tangguh

sepatutnya aku kena pulang ke kampus pada satu januari, sebab pada dua januari kena daftar kolej. tapi semuanya kena tangguh sebab ada kes kecemasan.

macam ni, masa satu januari petang, aku pergi ke low yatt dengan mama dan adik. nak buat persiapan terakhir sebelum bertolak malam nanti. selepas beli barang-barang semua, kami pun keluar dari low yatt. tiba-tiba mama terjatuh, tak pasti lah sebab apa sebab jalan memang rata. lama juga mama terbaring, ingatkan terseliuh biasa-biasa saja. pergi hospital buat check-up, lengan kanan mama patah. ini kali kedua mama patah dekat tangan kanan. masa tahun 2009, mama patah dekat pergelangan tangan kanan, kali ni dekat lengan kanan pula.

jadi, uruskan mama pun dah sampai malam. tak sempat lah nak bertolak malam tu. tunda ke hari esoknya.

apa-apa pun, semoga mama cepat sembuh dan jangan jatuh lagi lepasni.

barang-barang aku nak pun dapat. yeay!

No comments:

Post a Comment