Nov 22, 2010

demam

sejak sampai je rumah sembilan november lepas badan masih tak sihat lagi. malam kelmarin dah muntah-muntah. herm. dah lama aku tak demam. sekali demam, nah tengoklah. sungguh tak seronok! suara pula serak. tekak sakit. semalam pergi clinic lagi. ubat dah habis, jadi kena repeat ubat. selepas tukar ubat nasib baiklah badan okay sikit. batuk pun dah semakin pulih. cuma, dose ubat kali ni buat badan lemah la. asal makan ubat je ngantuk. haish. sungguh tak seronok!

minggu ni kena balik ke Terengganu balik. ada kerja. aku ditugaskan untuk mengambil gambar konvo di UiTM Dungun. Ahaii! malasnya dengan badan lesu macam ni. harap dapatlah sihat-sihat seperti sediakala. bersemangat sikit nak bekerja. tapi bila bayangkan kampus, tiba-tiba macam tak sanggup pula. ish. redah je la.

janji dapat fulus kan? ceit.

No comments:

Post a Comment