Nov 25, 2010

Dalam

aku pergi satu tempat, dimana tempat itu aku tidak tahu apa-apa tentangnya, tidak kenal siapa-siapa. kemudian aku jumpa satu serangga. namanya Buu. aku dan serangga tak rapat mana. cuma dia antara yang terawal aku kenal di muka bumi ganjil itu. kemudian aku jumpa pula satu bunga. nama dia Mawar. satu-satunya yang paling rapat dengan aku di muka bumi ganjil itu adalah Mawar. seronok dengan Mawar. Mawar lah peneman. maklumlah, aku bukan siapa-siapa. apa yang aku lihat pelik belaka. sudah jumpa Mawar, aku anggapkan dia kawan paling rapat di dunia ganjil itu.

kemudian Mawar berjumpa pula dengan serangga. makhluk terawal yang aku kenal tadi, si Buu. Mawar jatuh hati pada Buu. aku tau, Mawar bisik pada aku. kami bertiga jadi rapat. seronok sungguh! semuanya indah-indah belaka. selepas hampir mungkin agak lama kami rapat akhirnya Buu dan Mawar bersama. akulah manusia paling gembira. bayangkan serangga bersama si bunga, aduh indah.

setelah sekian lama, aku rasa lain. rasa semacam perasaan yang menyakitkan. tiba-tiba aku rasa tersisih. atau aku yang menyisihkan? tapi nampaknya bukan aku sahaja yang perasan. Batu, Rumput, Lalat, semua perasankannya. aku sering sahaja kesorangan dalam apa jua benda. Mawar dan Buu sudah tidak lagi serapat dahulu dengan aku. mereka asyik berdua. ah tak kisahlah. perasaan aku, aku persetankan. biasalah, aku ini biasa di maki-hinakan. aku bukan siapa-siapa. aku ini bahan gelak tawa.

aku cuma rindu Mawar. rindukan satu-satunya teman paling rapat dalam dunia ganjil itu. satu hari aku tegur Mawar. tentang itu ini, tentang apa salahnya dan apa salah aku. Mawar mengerti. ah, aku lega. dan kami bertiga kembali rapat. macam biasa. tapi mana datang malangnya aku. semua itu sementara. perkara yang ditegur kembali berulang. kali ini aku betul-betul rasa tersisih. yang amat sangat. mungkin juga salah aku? aku tak perasan. haih. pedulilah. malas mahu ditegur berulang-ulang. pasti jawapannya sama. bukan aku sahaja yang rasa, malah teman-teman lain.


*&*^&%*&(^&% mengarut sendiri -__-"

No comments:

Post a Comment