Nov 20, 2010

Malam Bertuah

malam ini malam yang sangat bertuah mungkin. malam yang sangat seronok. tak lekang senyum aku. badan demam-demam pun boleh jadi sedikit sihat.

begini,
malam ini aku sudah bertemujanji dengan encik Morphine. itupun dah buat aku teruja gila. heh. pukul sebelas malam, dengan memandu Proton Iswara kepunyaan si bapa, aku pun bergeraklah ke satu tempat untuk mengambil encik Morphine.

sebelum sampai ke lokasi yang dijanjikan itu, ada lah polis buat roadblock. aku tak bikin salah apa, jadi tak adalah nak takut mana. nervous sikit je la kan. takut ada mistake yang aku tak perasan. tiba-tiba polis suruh ketepi. haish. sudahlah sorang. nak tengah malam pula tu. jantung dah dup dap dup dap. kemudian dia check roadtax, yang aku sure sangat memang tak mampus lagi. kalau mampus takkan la si bapa aku bagi pula pandu kereta dia. buat naya je. kemudian si polis minta la IC dan lesen. aku pun bagilah. sedang dia pergi semak dekat van dia, seorang polis lagi interview aku itu ini. tanya nak kemana, belajar ke tidak, umur berapakah. haish. settle semua aku pun bergerak kembali ke destinasi yang aku nak tuju tu. persoalannya sekarang, nampak sangat ke kekecilan aku memandu kereta? muka aku ini tidak menunjukkan aku sudahpun boleh memandukah? *sengih.

selepas beberapa minit perjalanan, aku pun sampailah ke tempat di mana encik Morphine sedang menuggu. rindu woo. encik Morphine letih. kesian dia baru balik kerja. letih-letih dia pun, dia masih lagi layankan gedik aku. heh. kami pun bergerak ke Keramat kerana ada urusan. cuaca pula hujan. selesai sahaja urusan di Keramat, bergerak pula ke downtown, Cheras. konon mahu lepak. hujan pula baru berhenti, jadi sedang elok lah kan. lepas park kereta apa semua, kami pun pergi berjalan. baru sahaja dua lorong berjalan dalam downtown itu, hujan tiba-tiba turun dengan lebat. haih. nak tak nak kena bergerak balik lah. selesai sahaja hantar encik Morphine ke tempat yang sepatutnya untuk pulang, encik Morphine menghadiahkan sesuatu. phuhh. sudah lama aku mahukan benda itu. seronoknya aku!

sampai sahaja rumah hampir lewat tiga pagi. keluarga aku pun semua masih belum tidur. mereka pun baru pulang ke rumah dari berjalan di kota metropolitan kuala lumpur. mereka bawa si bapa saudara yang dari kampung untuk lihat-lihat bandar kuala lumpur di malam hari. dunia malam kuala lumpur kononnya. okay, berbalik pada cerita asal. pulang sahaja si bonda suruh lihat apa yang dia dapat ketika di bundle Chow Kit. best woo. kasut brand Camper. bonda beli untuk aku. pheewiit! aku suka gila. besar sikit dari size kaki aku. apa ada hal, janji melekat kat kaki. lagi satu benda best dapat dari bundle adalah jacket jeans yang sangatlah aku suka. murah gila weh! sepuluh ringgit dengan kualiti yang masih bagus.

tapi aku masih lagi mahu kasut idaman.

encik Morphine kasi.
*senyum lebar

No comments:

Post a Comment