Sep 20, 2010

apa macam?


hello blog, hello blogger, hello kau-kau semua. blog lambat lagi diupdate. biasalah tu. orang sibuk. ceit! gedik. sebelas hari dah berlalu bulan syawal, Aidilfitri. apa macam raya kau kau semua? menarik? meriah? tentulah menarik dan meriah kan.

tapi bagi aku, raya tahun ni paling hambar, paling tak menarik, paling tak meriah. aku tak pasti lah kenapa. nak kata puasa banyak ponteng, mana ada, melainkan kalau sakit perempuan sahaja. haih. entahlah. sebab otak aku lebih fikirkan kerja yang entah sempat disiapkan atau tidak mungkin. atau, sebab aku hanya mahu pulun tidur puas-puas sahaja. atau sebab aku sudah berusia atau kata lain sudah tua, maka tiada lagi duit raya yang memeriahkan raya. atau aku putus cinta yang menghambarkankan raya aku. hmm. cek tak tau nak kata apa laa.

tapi sungguh, raya tahun ni aku rasa macam tak ada apa-apa. kosong. nothing! raya pertama balik kampung sebelah abah, dekat je. sampai sana, salam-salam then tengok rancangan raya je. bosan. malam raya pertama terus gerak balik kampung sebelah mama pula. di Perlis. sampai saja dah raya kedua. rehat-rehat kat rumah Tok, makan ramai-ramai. bosan juga. yang menariknya sebab dapat jumpa adik Firas Heykal yang aku rindu gila tu! yang lebihnya, bosan. mak aih. balik kampung pun tak pergi jalan mana pun. duduk rumah, bikin assignment. ni part paling best. bila assignment dah nak siap, kena conteng dengan adik saudara yang baik hati. pergh! terbaik. hari esoknya pula, sedang enak buat assignment Typo, suis terpadam. so apa-apa pun tak save. sangat best kan? terus hilang mood nak bikin assignment aku. maka, aku hanya menonton tv dengan perasaan marah yang tak boleh dilepaskan sambil memandang tajam pada kanak-kanak kecil yang bermain dengan degilnya. hoish!

lepas lima hari duduk di kampung, kami sekeluarga pulang ke rumah. kemas-kemas rumah, bikin apa yang patut. hari pertama sampai rumah hanya rehat-rehatkan badan dan pergi cari baju kurung aku. yela, aku raya pakai baju kurung yang beberapa bulan lepas punya. sebabnya, baju kurung yang ditempah tak siap. sigh.

the next day pula, lepak dengan bestie. ini aku suka. best. rinduu woo. lama tak jumpa. tapi kan, macam tak lengkap, ada seorang tak datang. si abang. almaklumlah, jauh rumah dia, lagipun kami lepak dah malam. kesian dia nanti. tapi sungguh aku rindu mahu lepaking bersama dia. enough, tak payah buat ayat gedik AimanNabilah. lepak malam tu agak best. tambah best sebab ambil gambar banyak-banyak. huish.

kemudian hari sebelum aku pulang ke kampus, keluar bersama Mr-dadah. eh tak payah tanya kenapa nama dia begitu. ini paling menarik rasanya sepanjang raya. tengok wayang, cerita Step Up 3D. terbaik woo. rindu gila nak menari balik. haishh. tambah lagi tengok dengan Mr-dadah, lagi lah best. yela, mana tau ini yang terakhir aku keluar dengan dia. hmm.

dan sekarang aku sudah sampai Kuala Terengganu. sungguh tertekan bila sampai sini. aku pun tak tau kenapa. banyak sangat perkara nak difikirkan disini. kerja, kerja, kerjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

dan sekarang masanya aku jadi zombie. sigh.

No comments:

Post a Comment