Sep 20, 2010

aduhai.

aku bosan lagi. sumpah, aku frust dengan diri sendiri. mana pergi semangat yang dulu kobar-kobar. kerja-kerja banyak yang tak menjadi, apatah lagi memuaskan hati. sungguh. aku rasa lemah. rasa makin lama aku makin terduduk. kenapa begini. haish. kusut, aku memang sedang kusut dengan kerja-kerja yang menanti atau sudah beratur pasti. adoi. entah mampu aku sudahkan atau tidak.

ah kau kau pasti bosan kan? bosan dengan aku yang sedia membosankan. bosan dengan aku yang kerap kali entrinya tentang kerja-kerja yang kau kau semua tidak nampak.

mari aku larikan sikit ke tepi ceritanya. mari aku ceritakan tentang lain perkara.

tentang....

tentang cinta. cinta pada satu manusia. topik kesukaan ramai manusia. ah tipulah kalau kau benci.

aku bukan siapa-siapa yang mampu ungkaikan apa itu cinta sebenarnya. aku hanya gadis belasan tahun, mentah lagi untuk mengerti apa itu cinta atau cinta sempurna yang kita sering mahu-mahukan, kejar-kejarkan, agung-agungkan dan bagi aku yang sering fikir-fikirkan.

cinta itu terlalu subjektif.

Tijah kata, " sanggup buat apa saja, itu cinta ",
Mei Ling kata, " pandai buat saya happy, itu cinta ",
Nisha kata, " handsome macam Shah Rukh Khan, itu cinta ".

hmm, susah aku mahu fahamkan. sungguh. lain orang lain katanya. lain ceritanya tentang cinta. masing-masing punya mata, mulut, telinga juga akal sendiri, jadi masing-masing punya pendapat masing-masing.

aku. aku sendiri yang sejak dilahirkan, rasa cinta pada satu manusia, yang dengan tiba-tiba datangnya, baru hanya sekali. ini tidak tipu. hanya pada seorang lelaki itulah, bila mana aku ucapkan kata cinta, itu jujur dari hati, dari sudut paling dalam.

tapi aku hanya gadis yang baru sahaja keluar dari dunia kanak-kanak ketika kenal dia, sang lelaki. ya, aku masih mentah waktu kenal dia, dan dia juga sama. waktu itu, aku di zaman ketika kita sering tengok kakak-kakak dan abang-abang seronok berpegangan tangan, menangis ketawa bermesra bersama. seronok. kita tengok si kawan-kawan yang masing-masing punya pasangan untuk diucapkan kata cinta, yang boleh diajak berbual telefon lamanya, yang boleh di ajak berjalan bersama semata membeli sebiji benda, aduh asyik bahagia.

dan waktu pertama kali aku ucapkan kata cinta itu, pada sang lelaki, aku rasa ada perasaan aneh dalam diri. perasaan yang membuak-membuak ingin mempunyainya, ingin bersamanya, ingin disampingnya walhal tika itu aku masih lagi remaja mentah di menengah rendah. ini lah cinta mungkin.

hampir separuh dekad aku menanam kasih, mengucap cinta. sungguh aku bahagia. ini yang aku sering mahu-mahukan, ini yang sering aku kejar-kejarkan, ini yang aku sering agung-agungkan juga ini yang sering aku fikir-fikirkan. aku tak salah jumpa sang lelaki. dia sangat baik, sangat manis, sangat tak terkata indahnya.

ya, dia sangat indah. sang lelaki yang indah.

tapi, entah apa malangnya nasib aku, entah apa sial nya aku, entah apa salahnya aku, yang sudah separuh dekad aku panggil cinta, terpadam dengan sekelip mata. hilang. atau bahasa kasarnya, aku sudah tidak punya sang lelaki yang dipanggil kekasih.

namun aku gagahkan juga, mencari punca mana salahnya. sikit demi sikit aku tahu, namun masih belum aku faham. belum lagi aku mengerti dan aku masih punya seribu-satu soalan tentang itu ini, tentang kami, tentang kita, tentang aku dan kamu.

tidak pernah aku rasakan sakit seperti ini, sakit jatuhnya duduk, sakit tajamnya tikaman, sakit yang tidak dapat aku tuliskan dengan apa-apa perkataan dan mungkin makhluk-makhluk seperti aku sahaja yang memahami, sakit hilangnya cinta pertama.

satu-ratus-lima-puluh-empat hari.
dan aku masih mebilang-bilang sakit.

dan persoalan tentang cinta makin datang bertubi-tubi dalam akal dan hati. sampaikan air mata boleh datang tika aku sedang bergelak ketawa juga senyum, walau dalam hati, aku bukan gembira mana.

namun, aku bersyukur. sang lelaki masih disisi. masih lagi mencorakkan senyum muka hati aku. cuma, entah sampai bila aku harus begini. aku masih tidak faham, kenapa tidak diteruskan sahaja jika sebenarnya cinta masih berbaki. aduh.

oh ya, aku lupa siapa aku.

aku hanya gadis comot lagi hodoh, yang bukan idaman siapa-siapa. semua itu hanya mimpi aku. tak akan nampaknya di realiti.

bahagian ini kau kau semua tak perlu selidik :
putus bukan kerana aku, tapi kerana konco-konco ku yang bagi mu, tidak menepati sasaran. ingin aku tanyakan kamu, sang lelaki, kenapa tak diendahkan segala dan kita cipta KITA ?

aduh cinta.
cinta segalanya.
cinta bikin orang bahagia, cinta juga bikin orang duduk merana.

dan untuk masa depan, aku tidak tahu siapakah cinta aku.

cuma,
aku mengharapkan cinta aku adalah dia,
sang lelaki yang terindah bagiku,
yang bulan dan bintang untukku.

"They do not love that do not show their love.
The course of true love never did run smooth.
Love is a familiar. Love is a devil. There is no evil angel but Love." - William Shakespeare.

*aku tak pasti kau kau semua akan faham cerita ini. maaf.

1 comment:

  1. haha,aku tak tahu sama ada aku sudah mengerti atau pun mungkin belum.tapi aku dapat feel ni. ;)

    ReplyDelete