Sep 10, 2010

Salam Aidilfitri.


salam aidilfitri kepada semua pembaca-pembaca sekalian. selamat hari raya maaf zahir & batin.

minta maaf sebab dah lama tak update blog. sejak aku balik dari Terengganu aku lama tak menghadap laptop lama-lama. cuti aku dihabiskan dengan rehat. malam pula aku keluar pergi teman mama di downtown cheras, maka bila balik pukul 5-6 pagi aku mengantuk dan terus tertidur sampai ke tengah hari. hoish. 
biasalah, bila dah besar ni, raya tak menarik macam dulu. kalau dulu, pantang salam mesti dihulur sampul. sekarang, kalau salam banyak kali pun belum tentu dapat. tapi, yela hari raya adalah hari untuk kita bermaafan dan memaafi. tapi untung juga kalau dapat sampul. ceit.

bila dah sambung belajar ni, otak nak raya pun macam fikir banyak kali. mungkin akan pergi melawat saudara-saudara terdekat je la. mana taknya, cuti seminggu, confirm lah kena balik kampung. bila dah balik kampung mesti lah 3-4 hari. macammana? assignment pula semua kena submit selepas raya, sedangkan aku satu apa tak sentuh lagi. haish. raya pun macam tak raya.

baju raya pula. untunglah mama dan abah ada sponsor. itupun nak minta depa sponsor pun pikiaq banyak kali. sebabnya, duit untuk assignment lagi penting. tapi takpela, dapat juga baju baru. shopping setahun sekali je beb. time ni je lah nak shopping.

okay okay, mak aku dah bising, aku tak siap-siap lagi nak pi rumah saudara. nanti aku bebel panjang-panjang lagi okay.

aku mohon ampun dan maaf pada semua pembaca-pembaca andai aku ada tersalah kata, terkasar bicara atau ada terbuat kau kau semua terasa hati. terima kasih kerana masih lagi membaca blog buruk aku yang tak seberapa ni.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin :)


No comments:

Post a Comment