Jul 1, 2010

KL Skakin Fest

selepas hampir dua bulan aku bercuti, dan aku langsung tak keluar berlibur, dua-puluh-enam Jun aku keluar dari balik dinding batu untuk keluar berjimba. lama sungguh aku terperap kat rumah. kotak otak! ini semua pasal duit. kalau duit tak-ada memang tak boleh bikin apa. haish. okay, aku bukan nak mengarut pasal duit. itu nanti entry lain. 

lama juga aku tunggu tarikh ni. sebab aku mahu pergi ke KL Skakin Fest di Muzium Telekom, Jalan Raja Chulan. duit sudah cukup, transport ada so semua plan berjalan lancar. jujurnya aku pergi ke sana kerana mahu tgk satu band ska yang bagi aku sangat menarik. boleh goyang kaki, itu pasti. nama band itu 40 Winks / Forty Winks. band ni sudah dikenali ramai dengan lagu Mak Minah dan Tiada Masa. tapi semua lagu depa ni menarik. tak percaya, kau kau dengar lah nanti! pukul satu tengahhari gitu aku keluar rumah memandu kereta kepunyaan ayah aku. apa boleh buat, aku masih belum ada kereta. sigh. pukul dua lebih sampai destinasi. cari parking punyalah susah! 4rm terbang masuk ke poket india yang jaga parking yang entah-halal-atau-haram. takpa, takpa, enjoy punya pasal kan? then beli ticket, dan terus masuk. mula-mula tak ada apa sangat. sikit bosan. kalau ada banyak booth lagi best. selepas sikit lama tunggu persembahan pun bermula. band pertama perform aku tak ingat nama apa. tapi not bad. kesian depan perform tengah panas. then lepas mereka perform giliran Sharpshooter. kali ni mereka better than masa aku tengok mereka dekat Youth dulu. dan aku nampak ahli-ahli Forty Winks sampai. okay, aku rasa semakin bersemangat! biasalah kan, dah kata datang pun sebab nak tengok depa. lepas Sharpshooter perform giliran Forty Winks pula. terbaik! ramai juga crowd mereka. and yes, aku sungguh suka gelagat si vocalist - Ezza. sempoi habis! dan mereka pun mula mainkan lagu mereka. cool! dan aku nampak dia - MR ! sungguh comel. okay enough! lepas mereka perform aku pun blah duduk jauh sikit dari stage. dan pergi jumpa MR sekejap. rindu gilaa aku pada Superman itu. tapi apa boleh buat kan? hishh. lepak kejap, tiba-tiba dengar lagu Tokyo Ska Paradise - Love Theme from the Godfather yang dicover oleh band Johny Comes Lately. hishh. menggamit memori! sudah pulak tu tengah lepak dengan dia. biasa nya dulu dia mainkan aku lagu tu. rindu rindu rinduuuuuuuuuuuuu! okay cukup cukup. lepas tu dia pun nak balik dah, so aku pun rasa aku nak gerak dah. pukul enam petang gitu. aku pun chow pergi Bukit Bintang sebab si adik mahu beli kasut. hish, banyak songeh. oh ya, aku keluar berjimba dengan si kawan baik dan adik. sampai sana aku jumpa pula dengan Bonny *sorii saja tak mau mention nama (:

sampai Bukit Bintang pusing-pusing cari kasut adik. nasiblah aku tak ada duit, kalau tak aku pun nak beli dan blah. lepas adik dah jumpa kasut kegemaran, kami pi makan kat kedai nasi ayam Hainan. sekali lagi menggamit memori. jangan tanyalah kenapa kan? aku memang tak lepak lama pun, sebab aku tak sabar nak balik. kenapa? adalah! *kening kening :) sampai je rumah, tukar baju terus chow pi rumah kawan baik *sengih lebar. hari ni penat tapi seronok. part paling best adalah masa pergi rumah kawan baik *gelak sambil angkat kening.

kepada kawan baik, terima kasih yer teman aku. kau pun tahu tujuan sebenarnya hari ini, so terima kasih teman aku tanpa banyak merungut walaupun banyak duit sudahpun keluar. kau kawan paling best! :)

disini ada beberapa keping gambar dari aku dan gambar-gambar lain akan berada di blog aku lagi satu. tekan sini. dan kalau mahu tahu tentang Forty Winks sila layari Facebook mereka, 40 Winks. boleh juga tekan sini 
:)

No comments:

Post a Comment