Jul 2, 2010

75 hari,

75 hari
aku masih lagi didalam bilik
yang cahayanya entah mana pergi
mungkin tak ada siang dengan aku
mungkin malam terus sahaja mendamping aku
malam gelap yang hitam tanpa satu bunyi
sikit pun tak seronok

75 hari
aku masih peluk diri
sendiri seorang
air mata adalah teman aku
sahabat baik aku ketika ini

ah, aku tak kisah!
ini aku pilih
peluk diri seorang sendiri
menjadi sahabat baik pada sang air mata
duduk di dalam bilik yang sudah hilang punca cahaya
tanpa satu bunyi!

ini aku pilih
ini aku pilih!
senyum bila saat otak mengungkai kembali
cerita cerita dulu
cerita cerita basi

75 hari
juga mungkin 7500 juta kali
aku asyik berkata bertanya
pada kamu
tentang persoalan yang sama

jawapan - mengecewakan

aku senyum
kata pada diri
kata pada aku - sabar!

75 hari
aku menanti
dan untuk esok lagi
aku akan terus tunggu

mungkin esok adalah harinya aku bertemu pelangi

itu adalah mimpi.


terus tunggu kamu, aiman nabilah.

No comments:

Post a Comment