Jul 4, 2010

bermula!

buka tutup mata, habis sudah waktu senang-senang aku. cuti semester. sekarang tiba pula masa bersusah-susah. bak kata pepatah, susah-susah dahulu, senang-senang kemudian maka bermulalah semester baru aku. yer, aku sudah semester tiga! pantas sungguh masa berlari. laju! aku ingat dulu aku baru je nak masuk daftar apa semua. ceit! semester dua bagi aku paling-paling-paling-paling-paling-paling-paliiiiinnnnggggg tak best! masa final. ada sedikit masalah dalaman yang sampai sekarang pun tak ada ubat lagi. sigh. nasib result aku baik-baik saja. alhamdullilah!

cuti semester ni banyak sungguh masa terbuang. cuti semester kali ini gunanya untuk baiki jiwa rabak. sangat tak best! selalu duduk rumah, makan, tidur, online. sangat buang masa! kalau ada rezeki ada jugalah aku pergi tangkap gambar. hampir dua bulan cuti seingat aku tak ada apa yang betul-betul menarik. melainkan yang buat aku rasa bahagia bila jumpa dia. itupun tak selalu. boleh dibilang berapa kalinya. sedih.

dan sekarang mula rutinnya aku sebagai siswi fakulti seni lukis & seni reka. aku kena mula bersedia untuk terima beban-beban yang aku pasti sikit berat sem ni. semua ni gara-gara main-main tika sem satu, hah nah, terimalah kan. tapi pastinya sem ni akan jadi begitu seronok sebab apa yang akan aku lakukan betul aku suka! dan kali ini aku mahu capai target. insyaallah. tak mahu lagi malas-malas, buang masa. aku kena buktikan! moga aku kuat. so kepada semua yang turut berjuang, GOOD LUCK ! (:


No comments:

Post a Comment