Jun 8, 2010

Pantang betul lah!

pantang betul aku! aku tengah marah. tapi jangan risau, aku tak akan mencaci, mencarut. maki itu mungkin. haih. aku pantang sungguh kalau orang suka pandang rendah pada bidang orang lain. geram. panas telinga aku dengar. aku rasa aku pernah post pasal ini pada entry yang lepas-lepas. kau kau cari lah balik ya! 

sekarangkan budak-budak baru habis SPM dan sibuk mahu sambung belajar. maka mereka masih memikirkan apa yang mereka mahu untuk teruskan  lanjutkan pelajaran. bermulalah kisah memperlekehkan bidang-bidang pilihan mereka. aku tak suka betul kalau orang pandang rendah pada bidang orang lain, atau pada minat orang lain. okay, mari aku bagi contoh.

Mak Cik A : " B, kamu nak ambil apa lepas habis SPM ni? "

B : " dapat tawaran IT, programming. mungkin pergi lah kot. tengah fikir lagi ni "

Mak Cik A : " tak payah pergi lahh.. proggramming je, semua orang dah tahu pasal IT, dah ramai dah orang belajar IT, nanti kamu nak kerja apa? mana ada kerja nanti... "

kau kau nampak tak dimana si mak cik A cuba melekeh kan sesuatu bidang tu? tak nampak ya? okay, highligh kan dekat " proggramming je " dan " nanti kamu nak kerja apa? " . nampak? seolah-olah course pilihan B tu macam tidak ada future bagi si makcik A. okay, tengok contoh seterusnya.

Mak Cik A : " elehhh.. apa lah kamu dapat pergi amibil course programming tu, susah.. "

Kakak C  : " susah B.. tak payah lah pergi.. buat apa.. sekarang dah banyak dah orang belajar programming ni.. "

B : " ye ke? hmm macam tu stay tingkatan enam je lah.. "

Kakak D : " tingkatan enam pun susah.. susah nak struggle " 

B : " kalau masuk ambil je programming? "

Kakak D : " pun susah juga.. nanti kamu nak kerja lagi " 

B : * confius *

kesian aku tengok si B tu. dari elok-elok semangat nak sambung belajar, terus down gila. confius. kalau dah semua susah, apa yang senang? cuba kau kau bagitahu aku sikit course apa yang senang , bila habis belajar kau senang dapat kerja tak payah nak usaha lebih? ada? itulah orang kita. tak pernah nak sokong. sering saja mahu menjatuhkan. aku tak kata semua. mungkin kau kau tak tergolong dalam species Mak Cik A atau Kakak C mahupun Kakak D kan? aku tahu, kau kau semua mesti tergolong dalam golongan yang sentiasa menyokong. kenapa lah orang kita selalunya bukan dalam situasi begini. 

Mak Cik A : " B, kamu nak ambil apa lepas habis SPM ni? " 
B : " dapat tawaran IT, programming. mungkin pergi lah kot. tengah fikir lagi ni "

Mak cik A : " eh , pergilah.. bagus tu! kamu minat kan. takpelah, susah tapi bila dah belajar nanti senang lah jadinya. lebih baik kamu pergi.. rugi kamu dah dapat tawaran tu.. "

Kakak C : " ye lah B.. kamu pergi.. rugi tak pergi, peluang bukan datang banyak kali "

Kakak D : " Kakak pun setuju.. lebih baik kamu melangkah ke depan dari duduk statik "

alangkah indah kalau orang kita selalunya begini. sentiasa menyokong. biar bangsa kita naik. ini tidak, mahu menjatuhkan saja. dengki, tak boleh tengok lebih sikit. kalau lah situasi di atas jadi pada B, aku yakin B akan lebih bersemangat. tak adalah dia pening-pening lagi. aku tak pastilah apa sebabnya mereka-mereka ini mahu menjatuhkan. haih

sekali lagi aku nak bagitahu. saranan kononnya, belajar, belajar apa saja! peduli kata si mulut-mulut busuk. aku biasa kena. akhir nanti mereka tabik juga kita. ingat, tak ada benda yang senang dalam dunia ini. buat dosa mungkin senang. setuju? bak kata pepatah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. peluang bukan nak datang banyak kali. mungkin hanya sekali. rezeki kerja tu Allah yang bagi. rezeki, kita tak tahu. si mulut busuk, kau pergi cuci sekarang!

*kawan-kawan, bagi meredakan kemarahan aku, sila-sila lah klik NUFF aku kat tepi sana tu pleaseeeeee.. :D

2 comments:

  1. makcik2 memang gitu..usah dilayankan sangat.

    apapun..memilih bidang yang sesuai dengan diri kita..minat ataupun potensi kerjaya juga penting..
    kalau tak puas hati dgn makcik2..boleh tanya pakar atau org yg berpengalaman.

    Latest Entri : Shahir Si Pencuri

    ReplyDelete
  2. saya pun ada kena gak macam ni. nak amek bidang architecure, kawan mencemuh bagai nak gila. pandang rendah macam saya ni teruk sangat. macam saya ni bodoh sangat tak boleh nk amik course tu. saya ambik course yang saya minat. mak bapak saya pun sokong saya amik walaupun diorang nak saya amik lain. yang dia tu kawan jer. ape lah sangat. dia sendiri amik course yg dia minat, interior designer, apa salahnya saya amik course yang saya minat kan? sekarang saya gaduh dengan dia, bukan pasal ni je, banyak lagi yang lain. haihh.


    Bayangkanlah kita baru je nak amik course ni dia dah menghina, pandang rendah macam nak gila. Cuba bayangkan masa kerja, dia akan tetap pandang rendah kutuk sana kutuk sini. Yang sakit hatinya kita jugak. abaikan je kawan macam tu.


    SUKA GILA ENTRI NI!! ;)

    ReplyDelete