Jun 7, 2010

mulakan saja

okay, title tidak ada kena-mengena dengan post ini. ini nama nya title-main-hentam-koromo. kering otak aku mahu fikirkan title, jadi aku gunakan saja apa yang terlintas dalam otak aku. tak pasti pulak sama ada kau kau selalu turut dalam situasi aku? maksud aku, selalu letak title-main-hentam-koromo. pasti tak kan? ah, bukan title yang mahu aku ceritakan ni. okay, tukar topic! 

orang kata, mahu jadi blogger aktif kena update paling kurang dua kali sehari. aku? dah tiga hari tak jamah blog ni. sudah tentu aku bukan blogger aktif. bukan apa, niat memang ada nak update tapi modalnya tak ada. kadang-kadang waktu update blog digunakan untuk blog walking. kalau dah jumpa blog yang menarik tu, mata ni tak boleh tahan nak terus baca segala isi-isinya. jadinya, tangguh untuk update blog. sebab itulah lama sungguh aku update blog. okay, itu alasan sahaja, jujurnya, memang tak ada modal.

mulai hari ini, aku mahu cuba jadi aktif. aktif berblogging. ceitt, ayat klise! sentiasa kata, tapi tak pernah bikin. okay okay, aku serius. aku cuba update sebanyak mungkin. cerita tentang aku. pastinya kau kau akan baca entry merepek meraban. maaflah, tak ada kualiti ya!


1 comment:

  1. Aku pun sama , buat entri senang , tapi otak memang susah kasi tajuk

    ReplyDelete