Mar 27, 2010

Lelaki itu

lelaki itu lelaki disana
yang jauh itu
yang badannya montel montel comel
yang hidungya mancung kembang kempis
yang matanya sepet kuyu
yang mulutnya gebu merah
yang baunya macam bayi macho
ya yang jauh disana
tapi sentiasa dekat dalam ini
dada ini
lelaki itu
bayangkan arjuna aku
bidadara aku
guardian angel aku
teman aku
sahabat aku
segalanya untuk aku

sentiasa bikin aku ketawa
sentiasa bikin aku gembira
sentiasa bikin aku jadi bidadari
dulu bahagia
dulu
waktu belum datang lagi masalah masalah bangsat itu
masalah yang tak jemu jemu ganggu aku 
ganggu waktu manis aku dan si lelaki itu
ganggu waktu aku dan dia sedang enak berpimpinan tangan kesana kemari
ganggu waktu bila aku dan dia semakin kukuh
ganggu waktu aku dan dia sedang mengimpikan saat indah masa depan
bangsat
kenapa ini jadi?
kenapa datang pada kami?

haih
lelaki itu
sedang keliru
disebabkan masalah bangsat tak guna itu
lelaki itu
mahu lepas tangan aku
perlahan lahan
sambil dia luka
sambil aku lagi luka
tidak
lelaki itu sedang keliru
lagi keliru aku
apa dalam hatinya
aku tak tahu
ingin aku jadi halus
masuk hati dia, masuk otak dia
bacakan apa yang difikirkannya
tentang aku
tentang kita
tentang kami
tentang aku dan dia
ingin sekali aku..

malam ini
aku luka lagi
dalam ketawa
hati rabak berdarah
bukan itu aku mahu dengar
bukan
aku mengharap kan yang lebih
tapi takut tak terjadi
sedih

indah itu hanya mimpi aku
realiti aku sakit pedih

lelaki itu
masih bisa bikin aku ketawa
masih bisa bikin aku gembira
ketawa berdekah dekah
tapi lelaki itu jugalah 
yang setia bikin aku sedih
yang setia bikin aku menangis kecewa

betul orang kata
orang paling kita sayang
adalah orang yang paling banyak lukakan hati kita

ah malas difikirkan
jiwa rabak ini perlu dibaiki
dibaiki dengan suara dia
dibaiki dengan peluk cium dia
dibaiki dengan senyum tawanya
dibaiki dengan kata manisnya

lelaki arjuna aku
mari rapatkan dada kau
pada dada kecil aku
biar kau dapat rasa
degup jantung gentar aku
degup jantung pasrah aku
degup jantung kecewa aku
degup jantung gembira aku

pegang tangan aku
jangan lepaskan
biarkan yang lain
aku mahu engkau arjunaku
hanya engkau





No comments:

Post a Comment