Feb 27, 2010

malam panjang

 
 Selamat Hari Lahir Nana!
19-tahun, TUA. harap maklum. semoga kau sentiasa akan murah rezeki dan sentiasa bernasib baik. Aminn.

dua-puluh-lima februari, hari mulia buat Nana. kawab baik aku di kampus. beberapa hari sebelum tarikh hari mulia kononnya ini, plan sakan untuk overnight. untuk celebrate birthday Nana. lokasi Pantai Batu Buruk. semua orang setuju dan plan menjadi. pukul 9 malam keluar menuju ke Pantai Batu Buruk. Aktiviti pertama, makan malam. biasa saja. makan di food court. gelak-gelak besar dan memujuk tiga orang bakal Akauntan untuk turut serta overnight. akhirnya mereka setuju. terima kasih bakal-bakal Akauntan. lagipun, sekali satu sem saja overnight. itu pun kalau sekali. entah-entah sekali saja untuk 3 atau 4 sem. betul? pukul 12 pagi lepak-lepak tepi pantai. buat unggun api. borak-borak, gelak-gelak, shooting, nyanyi-nyanyi, main macam-macam game. penat aku nak listkan. kemudian aktiviti seterusnya potong kek. sudah suap-menyuap aku dan Nana melarikan diri sebab kami sudah tahu apa mereka mahu buat. pesta tepung bermula. nasib baik aku dan Nana lari jauh. tapi akhirnya kami menyerah diri kerana tidak sanggup lagi untuk berlari jauh-jauh. Nana sudah kena tepung dan aku masih lagi menyelamatkan diri. konon paling baik lah aku menyelamatkan diri. meleset sekali sangkaan aku. aku dikepung oleh empat orang lelaki yang dalam tangan mereka tersedia tepung dan jugak potongan kek. beberapa kali aku mengelak, akhir sekali terkena juga. terbaik.. aku memang suka rasa masin masin ni. entah berapa paket tepung habis. rambut aku tak terkira warna putihnya, ditambah pula dengan cream kek. memang aku suka main kotor. itu belum campur lagi dengan pasir-pasir pantai. macam-macam. selesai berpesta tepung, kami duduk relax-relax saja. penat berlari. kali ini santai pula. duduk, borak, gelak besar. sedar-sedar dah subuh. pukul 8 pagi balik kampus, mandi dan tidur hingga matahari hampir terbenam. tapi bukan aku lah. aku tidur cukup-cukup 6 jam. kau kira sendiri pukul berapa aku bangun.

 
sebelum dan selepas
terima kasih pada si perancang majlis, Ika dan Kamal serta yang lain-lain. terima kasih juga pada yang turut serta, Nana, Ika, Nonie, Kamal, Ayie, Syafiq, Acap, Fadhil, Fikri, Fakhrul, Haziq, Naxa, Alonx, Iwan, Hashim dan Yo. terima kasih semua.*macamlah birthday aku.pfftt. -____- 
sempat juga aku belajar something pasal photography dengan Alonx dan Yo. terima kasih ye Alonx dan Yo, untuk tepung di atas kepala sekali. best! dan aku dapat hadiah dari Naxa. potret aku, lukisan Naxa. cantik sungguh lukisan anda, Naxa. terima kasih.

 
kek kongsi. Nana dan Aiman.
  
potong kek dengan bersemangat.
  
mereka semua.
  
potret lukisan Naxa. terima kasih Naxa!
 
mata rabak pagi hari.

Terima Kasih semua.

*terima kasih perancang majlis untuk kek yang ada nama aku. terharu.
*sorii Nana nama aku ada atas kek birthday kau ;)

1 comment: