Feb 6, 2010

cerita semalam

 
semalam, Februari 5, bangun waktu tengah hari buta. mandi terus turun beli makanan. lapar. kemudian naik bilik, makan. lepas makan terus menghadap laptop. buang masa menghadap laman sosial. bosan hari cuti. tapi kalau tak cuti pun bosan. adeh. kemudian roomates aku entah mana datang ideanya untuk lepak tepi pantai. aku pun setuju je lah sebab duduk bilik pun takde buat apa. boleh juga belajar gitar dengan sifu-sifu. Khamal dah confirm lah ikut kan. Naxa plak sedang-sedang elok dia text aku time nak keluar, so kami jumpa di pantai. sampai kat pantai memang feeling habis lah. dengan angin yang tiup, pasir halus. aduh. kan best kalau dia dia ada dekat sini. poyo plak aku! lepak pantai, belajar gitar sampai Maghrib. kemudian balik semula ke kolej. malam ada teater. teater Antithesis. best! pertama kali aku tengok teater kat kampus ni. yang perform budak UiTM Dungun. menarik jugak lah. lagipun aku dah lama tak tonton teater. Antithesis ceritakan pasal bapa dia menodai anaknya sendiri. disebabkan hanya seorang lelaki yang bernama 'Ayah' yang bernafsu syaitan inilah telah mencalitkan taik pada semua lelaki yang bergelar Ayah yang lain pada muka bumi ini tidak kira pada zaman bila pun. disebabkan 'Ayah' syaitan itulah ayah-ayah lain atau lelaki-lelaki lain dipandang serong oleh manusia manusia lain. bagus. pelakon pun pandai berlakon. terutama sekali watak 'Ayah' yang bernafsu syaitan, dan anak yang dinodainya, Maya. two thumbs up! ada mesej yang disampaikan. okay, habis pasal teater balik bilik dan aku sedikit moody. malam bikin cerita dan terus tertido.

No comments:

Post a Comment