Feb 7, 2010

hari ini pergi library

bangun pagi pagi sebab hari ini semua pelajar Fakulti Seni Lukis & Seni Reka wajib pergi library Kuala Terengganu, ada pameran seni. benda benda yang dipamerkan itu semua hasil kerja pelajar pelajar FSSR tapi macam biasa artwork aku tak layak untuk berada dalam pameran itu. takpe takpe. kita lihat satu hari nanti. kau kau doakan aku okay? pukul 730 am dah kena berkumpul dalam kampus. terasa macam pergi sekolah balik. mengantuk tapi semangat. bas UiTM yang bawa kami semua ke library yang terletak di bandar. sampai sampai sahaja dekat library, dengar ucap perasmian. tak ingat siapa, maafkan saya. kemudian bermula lah sesi pameran. cantik cantik woo artwork mereka. mostly about drawing dan aku memang tidak pandai sama sekali melukis. kelakar kan? oh ya, Paranoia of Ayie & Acap serta beberapa lagi student ada buat demonstrasi. mereka mereka ni memang gempak lah melukis. seronok kacau POA dan Acap. sorry lah korang. korang best! lepas dah agak lama duduk dalam dewan pameran kami pergi ke makan. di Mydin, eh tak Midvalley bak kata Naxa. Mydin tu seberang jalan je. lepak di Mydin sambil tunggu Naxa, dan kawannya, Ayat, Kecik, Amar, Intan. makan makan. pergi semula ke library. lepak lepak saje. sampai petang kemudian balik. masuk bilik tukar baju terus tertidur. ini pun baru bangun tidur terus update blog buruk ni. kepenatan. apa apa pun ucapan tahniah untuk FSSR UiTM Kuala Terengganu kerana berjaya lakukan pemeran seni ini demi kebaikan semua pihak. selamat menjamu mata dengan gambar gambar yang tak seberapa. chow!

 
kami lah pelajar FSSR Kuala Terengganu (:

itu dia artwork Paranoia of Ayie. apa macam?

aku lah mak datin hari ni. belakang tu ignore kan saje.

inilah Naxa, sifu aku. dia pendek ke atau aku yang tiba-tiba tinggi? cuba teka.

ini Khamal, sifu aku jugak.

ini lah ayat sykes :D

*two thumbs up!

No comments:

Post a Comment