Jan 2, 2010

pertama

ini post pertama, 2010. wahh! pejam buka mata, setahun juga aku ber'blogging'. okay okay. relax semua. aku tahu kau kau sudah lama membaca blog aku. ye, aku memang poyo. ada kacau kau?  okay, berhenti aimannabilah. keje nak mengarut je! heh.!

*******

dua januari 2010, pukul 2 pagi. binatang besi Raja dihidupkan. perjalanan dari Kajang ke Kuala Terengganu dimulakan. macam-macam rasa dalam hati. nak, tak nak, nak, tak nak. haih! aku kena balik kampus jugak! perjalanan bosan. sepi di jalan hitam. satu saje binatang besi di jalanan. selisih juga dengan binatang besi lain. tapi kejap. sepi semula. mengantuk. tapi aku kena teman Raja. supaya tidak Raja lalai mengemudi binatang besi dalam rintik hujan. pukul 9 pagi, perjalanan terhenti di depan Kolej Kerawang, UiTM Kuala Terengganu. selamat. syukur. terlihat manusia manusia menyapa antara satu sama lain. rindu mungkin. aku tak terkecuali. pantas aku jalan dapatkan mereka. seronok! dapat jumpa dia dia dan dia. kawan lama aku. sedikit teruja! selepas saje bertegur sapa, bertepuk tampar, puji kutuk aku pergi ke dewan akademik. daftar kolej. carut aku. apsal hah aku tak dapat roommates dengan rakan-rakan yang telah aku rancangkan. macam mana pengurusan ni? kata hari tu isi borang bukan main supaya dapat roommates yang kita nak. tapi hampeh! kau bikin aku panas lah! satu hal lagi nak arrange tukar bilik. nasib baik, malam aku settle juga untuk sama bilik dengan si bonny tu. borak sana sini. hari makin gelap. sepekat hitam kopi. aku tidur. esok aku akan masuk medan pertempuran.

*penggunaan kata Raja hanya perumpamaan (:

No comments:

Post a Comment