Dec 31, 2009

selamat tinggal 2009, hello 2010.

tinggal lagi berapa jam, tahun di kalendar akan berganjak ke tahun 2010. aku tak teruja. tak pasti kenapa. macam tak nak pulak hari berganjak. aku belum sedia. tapi ini hukum alam. kena lalu juga.
2009. macam-macam benda baru aku belajar. macam-macam benda baru aku buat.permulaan tahun yang sangat menarik! tiada lagi tanda nama budak sekolah. dan ya, aku dah cukup umur! hee.. kebebasan diberi! aku seronok! tiap malam minggu lepak sampai pagi. itu life. aku enjoy. result SPM keluar. jatuh, dari trial. haih, tapi aku kan aimannabilah. masih lagi chill. aku belajar lagi dalam tentang benda aku minat. melalui internet, kawan-kawan. menarik! menari? lama sudah aku tinggalkan. sedih. sama juga kelas drum. terpaksa tinggalkan ): pertengahan tahun, aku diinterview untuk kemasukan UiTM. mulanya aku tak dapat, tapi nasib aku baik. diterima masuk ke UiTM. aku kini digelar siswi. tahun ini, tahun pertama aku merantau. keluar dari rumah dan pergi jauh. walaupun masih di Malaysia, iaitu Terengganu. aku teruja! itu yang aku nak. merantau! seronok sangat doe. jumpa muka-muka baru. dan jadi kawan. muka-muka lama masih melekat dalam hati aku. oh ye, tahun ni banyak aku belajar tentang friendship. macam-macam. jujur aku kata, sebelum ni tak pernah aku sayang atau rasa disayangi oleh kawan-kawan. tapi tahun ni semua tu aku rasa. dengan kawan lama dan kawan baru. macam-macam jenis kawan aku tengok. jenis bohong sana sini, jenis kata belakang.. tapi seperti biasa, apa aku nak kisah. janji aku tak kacau orang. love life pulak, semakin baik. semakin kuat. sumpah aku happy! aku happy tengok perubahan positif yang berlaku dalam love life aku. aku makin sayangkan dia doe! hee.. i love you Superman! tapi kan, bulan disember ni paling teruk. banyak masalah. permulaan awal bulan yang sangat best, tapi tiba-tiba terus jadi teruk. salah aku, aku tau! banyak jugak lah titik mata ni jatuh. aku dan warna-warna tak macam dulu. lain sangat. mungkin sebab tu aku tak teruja nak sambut new year kot. haih. aku dan Superman maintain cool selepas masalah besar yang melanda hari tu. malas aku nak ingat balik benda lepas. banyak sangat! masam, pahit, manis, masin. dan semua buat aku semakin dewasa.
2010. aku harap aku akan jadi lebih bagus dari sekarang. bukan lagi pemusnah. bukan lagi musuh. dan 2010 ini aku mahu berusaha lebih kuat, untuk buktikan pada penjajah-penjajah yang sering pandang rendah pada aku. aku boleh! lagi aku harap 2010 ini akan bawa aku lebih kebahagian. semoga aku kuat untuk hadapi masa depan. aku syukur aku masih lagi diberi untuk menikmati dunia sehingga hari ini.

selamat tahun baru pembaca!
moga tahun baru ini, kau kau semua happy!

No comments:

Post a Comment