Jan 22, 2010

Epul


kau kau nampak gambar diatas? nama dia Mohd Saiful Nizam. entah betul entah tidak aku eja nama dia. apa apalah. sebenarnya dia yang suruh aku tulis pasal dia. katanya aku tak pernah cerita pasal dia dalam blog buruk aku ni. okay, nah amik kau epul. aku bagi satu entry untuk kau. puas? ha ha dia suruh orang panggil dia Atoi. ah gedik lah nama Atoi. sumpah tak best. jadi aku panggil dia Epul. aku kenal dia masa aku dalam Group A, fakulti Art & Design, sem satu, Julai-Disember 2009. classmate aku lah ni. nak kata aku rapat dengan Epul ni tak jugak, nak kata tak rapat tapi macam rapat. sedang-sedang je lah. dia ni pandai bagi nasihat, tapi diri dia sendiri tak boleh terima nasihat kadang-kadang. biasalah. semua orang pun macam tu. banyak masalah dia simpan dalam sorang-sorang. pernah jugak sekali dia ceritakan pada aku. tapi apa boleh aku buat, kasi pinjam telinga aku saje lah yang mampu. kalau ada duit lebih, dia suka belanja orang. itu aku suka. ha ha dia kadang kadang unmatured. kadang kadang annoying. tapi takpe, member-member kan? sekarang dia tak de dah dekat kampus ni. sekarang dia jadi cikgu sambilan pada siang hari, kerja KFC pada malam hari. semua untuk tolong keluarga dia. aku doakan kau murah rezeki ye Epul. kadang-kadang rasa rindu dekat kau jugak. jaga diri. bai bai.

*siapa-siapa lagi mahu aku tulis pasal diri kau-kau? (:

1 comment: