Feb 1, 2010

joget

 
lama sudah aku tak raba, jamah, rogol blog aku ni. hampir dua minggu. rindu. kekangan masa, air pun dah sampai kepala sebab tak update blog ni. pembaca setia, terima kasih kerana menunggu. ni buat aku sayang kau kau lebih ni! emmm apa ye aku buat sepanjang aku tak update blog ni? adehh. macam macam. kott lah. tapi bila fikir balik banyak aku buang masa adalah. tapi assigment aku siap lah. hari tu si Raja Rumah call aku. dia cakap macam ni, "kakak, kamu tulis blog tu jangan libatkan hal sensitif. faham?". aku faham Raja. jadi, aku akan pastikan blog aku bersih dari cerita cerita yang boleh buat aku duduk di balik pintu besi. aku tak nak! oh ya, Raja Rumah memang pembaca setia aku kan. sudah sudah. mari baca cerita seterusnya.

makin hari hidup dalam rumah tumpangan ni makin gampang. lebih kurang sama macam duduk balik pintu besi. cuma bebas sikit je. baru baru ni matric card kena rampas. lambat masuk seminit. best kan? sangat best. next day kawan aku pulak kena. depa suka card matric kami. sebab tu lah. virus malas aku menjadi jadi. semakin menular dengan teruk. bahaya ni. masuk hari ni ( waktu aku update blog ) sudah enam class aku tak datang. ponteng. aduh. kenapa aku macam ni sekarang? teruk teruk. sangat teruk. siapa siapa ada vaksin untuk virus ni tak? 

okay, dah tenat dengan keadaan sekeliling, kawan aku, nana belanja aku nonton persembahan. gig. terima kasih nana. lepas geram. berdansa sakan. terbang semua kusut kusut otak. sungguh aku enjoy. not bad lah scene sini. best! tak pasti kenapa kini lagu keras yang lebih menarik perhatian aku. corak corak monster pada baju buat aku cair. rambut panjang si raksasa raksaksa yang beralun sewaktu head bangging dan moshing buat aku teruja. puas, puas. sampai sakit jugak lah tengkuk aku berhead bangging. Dead Eyes Glow, A Kiss before Sunset & Alienis Beautiful yang aku suka waktu nonton gig tu. ada jugak band indie yang buat aku joget joget, tapi tak ingat nama. yang penting aku puas. and sebelum balik layan rock & roll. goyang kepala sampai patah. 

cukup lah cerita aku. nanti aku sambung balik. mood taip dah lari jauh. tak mampu nak kejar dah. 

 

* today is 1st february. february is my favourite month.
*terima kasih pembaca kasi comment blog aku kat MS (:

No comments:

Post a Comment