Nov 7, 2016

November - Almost due!

Hey Hey Hey!

Sudah November daaaaaa. Cepatnya masa berlalu! Cliche. Hehe.. And bila dah November, means it's almost my due date! Fuh fuh!

Harini pi checkup, usia baby in my womb harini dah 37 weeks and 5 days. Nurse cakap tadi baby dah engaged and boleh keluar bila-bila masa. Due date yang betul adalah on 23rd November 2016. Nurse pun pesan tadi dia macam agak-agak, minggu ni baby keluar. Mak dah nervous nokssssss haha Takpe, we'll see. Kalau baby ready nak keluar, dia keluar la kan.. walaupun mama & baba dia dah tak sabar nak tengok dia ni. Eceh!

Alhamdullilah, rezeki husband tak putus-putus bulan ni. Tapi tapi tapi..... show banyak jauh-jauh. Alahai.. MR teringin nak ada disisi, tengok sendiri proses kelahiran tu. Aku pun kalau boleh nak sangat dia ada disamping aku waktu aku bersalin nanti. Moga ada rezeki la since dia minggu ni kena outstation lagi. Amin!

So far, aku makan masih berselera yaaa amaaattt! Haha nak makan aje kerjanyaaa.. and makan benda manis-manis. Aku ni, sepanjang pregnant, berjalaaaaan aje kerjanya. Ikut husband kehulur-kehilir since dah jadi suri rumah ni. Tapi sejak 35 weeks haritu, semput juga la kalau nak jalan banyak-banyak. Kaki ni membengkak kemain.

Okay, barang baby, barang maknye semuanya dah ready packed and letak dalam kereta. Alhamdullilah, setakat ni, perkembangan baby sihat. InsyaAllah, kalau tak salah lah 3 kali aku scan tu, 3 kali kata baby girl. Bakal jadi anak manja baba dia lettewww. Haip haip. Kenot be anak manja. Haha 

Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya. Nervous, takut semua ada dah ni.. Bak kata orang, mindset kena positif. Sekarang ni masa untuk prepare mental & fizikal. Pada semua (kalau ada yang membaca blog ni leww), aku mohon maaf andai ada buat engkorang tersinggung ke apa ke, and aku mohon engkorang doakan untuk aku yee.. hihi terima kasih daun keladi, nanti kita sambung lagi :)


// Baby masam orang kacau dia time tidur. haha


No comments:

Post a Comment