Dec 1, 2015

27.11.15 :(

Hari ini (Selasa) minggu lepas, Mama & Abah baru sahaja sampai dari Perlis, bawa Tok & Wan datang duduk Kajang. Aku balik kerja, jumpa Wan, tanya perkabaran, gurau-gurau sikit, walaupun Wan nampak lemah. Sakit tua.

Wan tak berapa sihat sejak akhir-akhir ni. Puas juga anak-anak perempuan dia (mama, maklang & makcik) pujuk datang duduk Kajang, supaya Wan & Tok boleh rehat santai-santai. Mulanya Wan tak nak, yela, taknak tinggalkan kampung, tapi tiba-tiba Ahad (21.11.15), Wan mahu pula datang duduk Kajang. Sebab tu Mama & Abah pergi ambil dari Perlis ke Kajang.

Masa mula-mula Wan datang sini, ada nampak dia selera nak makan sikit (sebab duduk kampung taknak makan). Kitorang semua macam happy lah juga ada perkembangan baik dari Wan. Hari Rabu, aku tak sempat jenguk Wan (sebab Wan duduk rumah makcik) sebab balik kerja aku terus keluar pergi fitting baju. Balik dah lewat.

Hari Khamis, aku balik kerja lambat. Dalam pukul 10:00 malam juga la sampai rumah. Tambahan pula aku migrain teruk. Mama whatsapp, "Pergi jenguk Wan lepas sampai rumah", aku kata, "Okay, nak makan dulu" (sebab seharian tak makan). Balik rumah, Mama & Abah dah keluar pergi kerja -- rumah kosong. Aku sampai, aku makan, telan ubat, terlena. Dah lewat malam, aku tak pergi jenguk Wan.

Hari Jumaat, aku pergi kerja macam biasa. Whatsapp aku bertalu-talu message dari group keluarga aku. Tapi sebab sibuk kerja, aku tak ada lah tengok Whatsapp. Tapi ada ternampak katanya Mama & Abah semua bawa Wan pergi hospital. Wan yang ajak pergi hospital (Wan selalunya taknak pergi hospital).

Pukul 5:00PM, Mama call, suruh balik sekarang terus pergi hospital. Aku dengar suara Mama lain macam. Aku cepat-cepat siapkan kerja, tapi apakan daya, pukul 5:30PM baru aku betul-betul gerak dari office.

Perjalanan dari office ke hospital Kajang, Whatsapp masih berbunyi-bunyi (sebab anak-anak Wan yang dekat kampung tanya perkembangan Wan). Aku ternampak Mama tulis dalam Whatsapp, "Wan dalam ICU, doktor cakap bersedia je...". Nak gugur jantung aku rasa. Sambil menangis, aku drive cepat-cepat supaya cepat sampai hospital.

Pukul 6:20PM (lebih kurang), aku sampai hospital. Terus ke ICU, aku dah berhenti nangis. Aku tengok semua orang yang ada dekat situ tengah sedih. Abah cakap, "Wan cari kamu". Sebenarnya dari semalam lagi Abah asyik cakap Wan cari aku. Aku masuk ke ICU zon merah.

Aku tengok katil Wan. ada makcik dekat sisi Wan. Tengah menangis, sambil mengucap. Makcik bagi ruang untuk aku. Hampir luka mulut aku tahan nangis. Dalam ICU, aku menangis, teruk. Makcik biarkan aku berdua dengan Wan. Aku pegang tangan Wan. Aku bisikkan ke telinga Wan, "Wan.. Akak datang ni..". Aku taktahu Wan sedar atau tak aku ada distu. Wan nazak. Mata Wan terbuka, tidak berkedip, langsung. Ya Allah. Hanya tuhan sahaja tahu perasaan aku time tu. Cuma dengar bunyi nadi dari mesin yang disambung dengan Wan. Perlahan bunyinya. Aku bisik lagi, "Wan, akak ada dekat sini ni.." Kali ni Wan pusingkan kepalanya ke arah aku, dia angguk, lemah. Pandangan Wan juga bukan pada aku. Aku tak pasti, Wan sedar atau tidak. Tapi aku amat berharap Wan sedar yang aku ada disitu.

"Wan ikut akak ya.. kita sebut sama-sama.. Allah.. Allah..", sambil air mata berjujuran, aku bisik ke telinga Wan. Wan terkumat-kamit. Kemudian maklang datang minta aku tunggu diruang legar diluar. Maklang punya giliran disisi Wan. Aku keluar menangis tak henti-henti.

Pukul 6:45PM, Mama ajak aku pulang kejap. Ambil giliran untuk mandi dan ambil apa-apa yang patut dirumah untuk bawa ke hospital. Aku & Mama bergerak pulang.

Belum lagi sampai rumah, dalam pukul 6:55PM - 7:00PM, telefon Mama berbunyi. "Allah, dah tak ada? Okay kami pusing balik.", kata Mama. Kereta yang aku pandu serta merta sunyi. Air mata aku mengalir. Aku curi pandang Mama, Mama sebak.

Wan sudahpun kembali ke Rahmatullah.

Sungguh aku rasa sedih teramat.. aku terkilan sebab aku tak sempat pergi jenguk Wan hari sebelumnya. Tapi Alhamdullilah, Wan dapat jumpa semua ahli keluarganya sebelum menghadap Ilahi.

Kampung tidak akan sama lagi tanpa Wan.

Selamat tidur Wan, semoga Wan tenang disana, ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Kami semua akan terus merindui Wan. Al-Fatihah.


No comments:

Post a Comment